Kesan Buruk Seks Luar Tabie

Hubungan seks penetratif normal ialah seks zakar-faraj. Seks oral dan seks penetratif melalui lubang dubur atau seks 'anal' ditakrifkan sebagai seks luar tabie. Seks luar tabie jika sabit kesalahan boleh dihukum melalui undang-undang Malaysia.

Baru-baru ini, Singapura mengisytiharkan seks oral dan seks 'anal' boleh dliakukan jika tiada paksaan, iaitu dilakukan secara rela. Tidak dinafikan, amalan seks 'anal' berlaku dan kajian yang pernah dijalankan di Jordan mendapati amalan perlakuan seksual itu antara suami isteri ialah lebih kurang 25 peratus.

Laporan ini hanya daripada kes yang pernah dikendalikan seorang pakar seksologi tempatan Jordan dan bukan laporan nasional.

Kemungkinan besar amalan perlakuan seks 'anal' di Malaysia lebih kurang sama dengan data Jordan dan mungkin lebih di kalangan mereka yang bukan Islam, kerana Islam mengharamkan hubungan seksual sebegini.

Untuk makluman semua, dubur ialah tempat takungan najis dan tentu mengandungi kuman dan kulat, selain najis dan angin. Lagipun, pembukaan lubang dubur ketat dan mukosanya mudah melecet kerana kekurangan pelembap semula jadi.

Jadi tanpa menggunakan pelicin atau pelincir, hubungan seks penetratif 'anal' memang menyakitkan. Selain risiko jangkitan kepada faraj jika lepas masuk dubur dimasukkan pula ke dalam faraj tanpa membersihkan zakar, kecederaan dubur boleh mengakibatkan buasir, luka atau 'Fissure En Ano' (kerosakan daya tahanan lubang najis).

Fikir baik-baik jika hendak mencuba. Keseronokan hanya sebelah pihak sahaja dan sebelah lagi alami kesakitan.

1 comments:

Nur Ezqy said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

Harga serendah RM1.50/pcs.

Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/