Mati Pucuk Petanda Awal Parkinson?

Hasil sebuah penyelidikan di Amerika Syarikat menunjukkan masalah mati pucuk mungkin meningkatkan risiko penyakit Parkinson antara tiga hingga lapan kali ganda.

Kaitan ini dibuat hasil kajian ke atas sistem saraf autonomik yang mengawal fungsi luar kawalan badan seperti denyutan jantung dan penghadaman. Sistem saraf ini yang turut mengawal fungsi ketegangan zakar dilihat terjejas dalam pesakit Parkinson dan pesakit mati pucuk.

Persoalan yang dibangkitkan kumpulan penyelidik itu kini adalah jika masalah mati pucuk menjadi penanda awal kepada penyakit Parkinson.

Faktor usia, merokok, pengambilan kafein dan diabetes pula dikatakan tidak memainkan peranan besar dalam masalah mati pucuk dan ini menunjukkan kemungkinan kerosakan otak akibat penyakit Parkinson bermula lebih awal sebelum menunjukkan sebarang gejala klinikal.

1 comments:

Krim Penjagaan Zakar Yang Disyorkan Oleh Dr Ismail Tambi said...

Saya tertarik dengan saranan Dr Ismail Tambi supaya langkah pencegahan diambil oleh kaum lelaki supaya menjaga alat kelaminnya. Dua kaedah yang diajar ialah mengemut buntut sehingga terasa ke pangkal kemaluan dan kedua dengan cara membelai zakar sekali atau dua kali sehari. Bagi membelai beliau syorkan kaum lelaki menggunakan krim Xgene Royale. Krim ini dibuat daripada ekstrak Tongkat Ali. Kaum lelaki boleh membaca info mengenai krim Xgene Royale dalam pautan berikut.