Apa itu Probiotik?

Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan kita kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Fakta yang anda perlu tahu mengenai sistem gastrousus anda:

  • Ekosistem yang kompleks terdiri daripada lebih 400 spesies bakteria
  • Terdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahat
  • Bakteria baik ialah penghuni normal di dalam usus dan tidak membawa mudarat kepada badan. Ia membantu menggalakkan penghadaman dan penyerapan nutrien yang lebih berkesan ke dalam tubuh
  • Baktenia baik membantu menghalang atau mengawal pembiakan bakteria jahat yang tidak diingini atau patogen yang turut hidup di sana. Disebabkan wujudnya bakteria baik dan bakteria jahat di dalam perut kita, maka kita mestilah memastikan keseimbangan populasi mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor dan keadaan yang boleh mengganggu populasi bakteria baik ini iaitu penuaan, stres, pengambilan antibiotik, pil pencegah kehamilan, gaya hidup yang tidak sihat dan diet tidak seimbang.

Gangguan keseimbangan di dalam sistem gastrousus boleh menggalakkan pembiakan bakteria jahat dan meningkatkan risiko penyakit keradangan, penyakit berjangkit dan bermacam penyakit lain lagi.

Apakah yang terjadi apabila keseimbangan mikroflora usus terganggu?
Gejala yang perlu diperhatikan ialah kembung perut, senak perut, sakit perut, cirit-birit dan sembelit. Hilang selera makan, jangkitan dan alahan kulit juga menjadi petanda masalah keseimbangan mikroflora usus.

Kajian menunjukkan bahawa probiotik memberikan perlindungan terhadap penyakit gastro-usus seperti sindrom usus terganggu, penyakit Crohn, ulser kolitis, dan alahan makanan.

Kebaikan probiotik untuk kesihatan yang terbukti secara klinikal:
  • Meringankan serta mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa (susu)
    Enzim laktase menukarkan laktosa (di dalam produk tenusu) kepada glukosa dan galaktosa yang boleh digunakan oleh tubuh kita. Mereka yang menghidap alahan terhadap laktosa mempunyai tahap enzim laktase yang tidak mencukupi. Ini bermakna laktosa tidak boleh dihadamkan dan diserap, mengakibatkan cirit-birit, senak perut, kembung perut dan sakit dibahagian abdomen. Probiotik seperti Laktobasilus gasseri menghasilkan laktase, oleh itu ia dapat membantu meningkatkan tahap enzim yang rendah sekali gus rnengurangkan gejala alahan ini.

  • Meningkatkan penghadaman
    Mikroflora usus yang seimbang mempunyai kesan positif ketara terhadap penghadaman. Ia membantu mengawal ketidak-hadaman dan senak perut selepas makan.

  • Meningkatkan penyerapan mineral
    Probiotik juga membantu meningkatkan penyerapan mineral seperti kalsium, magnesium dan fosforus di dalam badan.

  • Menghasilkan vitamin
    Probiotik berkeupayaan menghasilkan vitamin seperti dan vitamin C dan beberapa jenis vitamin B.

  • Melegakan gejala cirit-birit
    Probiotik telah terbukti secara klinikal dapat melegakan gejala cirit-birit dan memendekkan tempoh serta kekerapan cirit-birit. Probiotik memulihkan keseimbangan mikroflora, yang menjadi tidak seimbang akibat sesetengah ubat seperti antibiotik yang membunuh semua jenis bakteria termasuk bakteria baik.

  • Menguatkan sistem ketahanan badan
    Sistem gastrousus ialah organ ketahanan badan yang terbesar bagi tubuh. Keadaannya yang menentang baktenia dan merupakan sistem yang seimbang dapat melegakan tekanan imunologi yang dikaitkan dengan sistem badan yang tidak sihat.
    Telah terbukti bahawa probiotik mempunyai kesan anti-kolonial ke atas bakteria yang memudaratkan. Kesan positif lain seperti menghalang penghasilan bahan toksik (kesan sampingan daripada metabolisme badan atau dari baktena jahat) juga telah dibuktikan.
    Probiotik juga didapati meniberi kesan positif ke atas beberapa penyakit gastrousus seperti IBS dan penyakit radang usus. Kajian terkini menunjukkan bahawa dengan pengambilan probiotik yang teratur selesema biasa dan gejala yang teruk dapat dikurangkan.

  • Hidup sihat dengan vitamin dan mineral
    Vitamin ialah faktor bersama bagi mekanisme enzim dan hormon, mempengaruhi perkernbangan dan fungsi organ yang berlainan, menjadikannya faktor pelindung penting bagi sel.
    Mineral ialah komponen struktur bagi makro-molekul (tulang hormon) dan merupakan sebahagian daripada cecair tubuh. Ia juga adalah sebahagian daripada enzim dan tindak balas berenzim, iaitu sebagai penghubung serta membantu memindahkan dan membebaskan oksigen (seperti unsur besi dalam eritrosit dan sel otot).

14 comments:

Anonymous said...

Kolostrum adalah sumber probiotik yang paling sulung diperolehi oleh manusia. Kini kolostrum boleh didapati dalam bentuk minuman kesihatan bagi menguatkan sistem imun... antaranya Alpha Lipid Lifeline. Baca lebih lanjut tentang kolostrum dalam blog saya.. terima kasih.

anie said...

Konsumsi probiotik sangat dianjurkan karena sudah terbukti dapat menimbulkan peningkatan dalam sistem perncernaan, efektivitas sistem imun, dan hasil akhirnya bisa meningkatkan kesehatan dan mencegah proses penuaan dini.

Den said...

probiotik memang sangat bagus untuk masalah usus dan terbaik jika ada masalah cirit birit. saya jumpa probiotik yg bekalkan sehingga 10,000 organisma

Unknown said...

Dipetik daripada satu hadis Nabi saw "Semua penyakit berpunca dari perut".
Apa yang kita makan akan masuk ke dalam perut. Makanan yang tidak sesuai dengan badan akan terkumpul menjadi toksin dan ini menyebabkan perut kita bermasalah dan muncul macam2 penyakit seperti kulit alergik, salur darah tersumbat.Oleh itu sentiasa cuci perut kita, kemudian masukkan serta penuhi dengan semua nutrisi2 yang diperlukan oleh sel2 badan.
Jika ada masalah kesihatan, saya akan membantu anda,hubungi azimah 019-212 2926; are_zie80@yahoo.com

Anonymous said...

Makanan sunnah Jus Qaseh Gold mengandungi probiotik semulajadi untuk memberikan kesihatan optimum untuk keluargq: baik orang tuq, muda mahupun kanak- kanak. Rasanya enak dan mudah dimakan, hanya 2 sudu 2 kai sehari. Tidak perlu dibancuh. Emel kami hari ini untuk bekalan probiotik anda daripada sumber makanan sunnah Baginda!

Dr Muhammad Akbar bin Abdullah said...


Artikel yang menarik mengenai kebaikan probiotik. Memang probiotik dapat memstabilkan koloni bakteria sihat di dalam usus dan membantu untuk melancarkan penghadaman. Selain itu, probiotik juga boleh menguatkan sistem imunisasi seseorang terhadap jangkitan kuman seperti demam selsema.

Unknown said...

anak sy tengah mlm bgun dr tido sakit perut cirit akibat pengambilan produk ini...sehingga tdk dpt pergi ke sekolah

Unknown said...

Saya nak share..saya mengidap penyakit migrain yg agak teruk..kawan mencadangkan utk saya consume probiotik..alhamdulillah..migrain sy semakin kurang.

Unknown said...

Saya nak share..saya mengidap penyakit migrain yg agak teruk..kawan mencadangkan utk saya consume probiotik..alhamdulillah..migrain sy semakin kurang.

Unknown said...

U consume probiotic dr product mana ?

Unknown said...

Lacto 5..tp any probiotic pn ok jer..

Unknown said...

Nak tnye kalau mcm travel jauh lps tu ice die cair dah kne panas ape semua ubat tu okay lg ke?

ROSLIND @ROSHIMA ABDULLAH JANGGOT said...

sy guna probiotik atomy.. dlm bentuk serbuk (sachet) punya orange flavor.. alhamdulilah terbaik.

Unknown said...

Selepas minum saya rasa kebas lidah adakah itu kesan sahaja