Nutrisi bagi Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Amalkan pengambilan berikut bagi mengurangkan risiko osteoporosis:

  1. Kalsium
    Setiap individu dengan osteoporosis memerlukan antara 1,200 hingga 1,500 miligram kalsium setiap hari melalui pemakanan atau pengambilan suplemen kesihatan.Badan hanya dapat menyerap kira-kira 500 miligram kalsium pada satu-satu masa. Oleh itu, pengambilan kalsium perlu dilakukan beberapa kali setiap hari. Beberapa kajian pula menunjukkan pengambilan kalsium yang terlalu banyak memberi kesan buruk kepada kepadatan tulang. Selain hasil tenusu, kekacang dan sayur-sayuran juga menjadi sumber makanan yang kaya dengan kalsium. Di samping pengasidan, pengambilan terlalu banyak kafein juga dikatakan akan menyebabkan pelarutan kalsium di dalam tulang.

  2. Vitamin D
    Penyelidikan terkini menunjukkan pengambilan lebih banyak vitamin D dapat mengurangkan kejadian keretakan tulang sehingga 25 peratus di kalangan warga emas. Selain itu, pengambilan vitamin D juga dapat membantu menguatkan otot memandangkan kebanyakan kes pesakit jatuh adalah akibat otot yang lemah. Penyelidikan di rumah penjagaan warga emas juga menunjukkan penurunan sehingga 72 peratus kes penghuni yang jatuh hasil pengambilan 800 IU vitamin D bersama kalsium setiap hari. Terdapat juga beberapa bukti yang menunjukkan pengambilan suplemen boron, magnesium, zink, tembaga, mangan, silikon, strontium, asid folik, and vitamin B6, vitamin C dan vitamin K (bersama kalsium dan vitamin D) bermanafaat untuk menjaga kepadatan tulang.

  3. Protein berlebihan
    Tiga faktor memainkan peranan penting dalam menentukan kandungan kalsium dalam sistem badan seseorang iaitu pengambilan (makanan), penyerapan dan perkumuhan. Bagaimanapun, pengambilan protein yang terlalu tinggi (makanan) akan menyebabkan peningkatan kekerapan membuang air kecil dan banyak kalsium hilang bersama air kencing seterusnya meningkatkan risiko keretakan tulang akibat kepadatan tulang menurun.

6 comments:

slimdiet2 said...

elok mengamalkan pengambilan kasium yang cukup dari awal

Si Ratu Pari said...

mohon share yer info ni..

Anonymous said...

Orang perempuan kena jaga lagi

BM said...

Memang benar dan diakui bahawa nutrisi yang tepat dapat membantu masalah kesihatan.

Arfah Umar said...

Ramai orang abaikan faktor nutrisi untuk mengelak dari penyakit osteoporosis di usia muda. Dari awal lagi kita perluan nutrisi dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Semoga lebih ramai yang aware dan berusaha dari usia muda lagi untuk menjaga kesihatan diri. :)

Ahmad said...

99% kalsium terdapat didalam tulang dan gigi, peranan utamanya adalah berbentuk rangka yang menegak dan badan padat penuh kalsium. Penyakit Osteoporosis menyebabkan tulang tidak dapat menegak disebabkan tulang semakin lemah. Kalsium bertindak sebagai ejen penyambung otot dengan tulang yang membolehkan pergerakan, Jika kalsium tidak mencukupi pergerakan badan akan menjadi sukar.

Tulang bertindak sebagai 'bank' kalsium. Jika kalsium tidak mencukupi di didalam tubuh, tubuh akan mengambil kalsium dari tulang. Bermaksud, tulang adalah tempat penyimpanan kalsium.

Pengambilan kalsium melalui sumber makanan atau minuman adalah cara terbaik berbanding pengambilan kalsium berbentuk tablet yang boleh memberikan kemudaratan pada diri jika pengambilan berlebihan. Kalsium juga mengandungi vitamnin D yang terdapat di dalam COLOSKIM.

https://the7green.com/coloskim/