Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada jantung.
Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.
Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?
Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.
Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.
Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.
Kawalan berat badan
Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.
Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.
Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.
Pemakanan
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.
Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.
Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.
Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.
Berhenti merokok
Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.
Bersenam
Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.
Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.
Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.
Perubahan gaya hidup
Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.
Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.
Tip Penjagaan Jantung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
artikel yang bagus
tq..amat membantu dlm kajian sy hee
Semuanya bagus untuk dipraktikkan. Kita juge mungkin boleh tmbahkan supplement yg membantu sistem aliran darah yg lebih cekap dan efisein seperti herba gingko.
Thanks untuk artikel ni.
Satu artikel yang bagus untuk menjaga kesihatan jantung. Di samping itu, saya ingin berkongsi mengenai satu supplement yang boleh dianggap sangat penting untuk jantung kerana ianya tidak lagi dihasilkan di dalam badan kita selepas umur seseorang mencapai 25 tahun ke atas. Nama supplement ini ialah Co enzyme Q10 (Co Q10) dan banyak kajian mendapati seseorang yang mati akibat serangan jantung, kandungan Co Q10-nya adalah zero. Sila layari halaman web
http://healthmassa.com/coenzyme-q10-penyelamat-jantung-anda untuk mendapat tips terperinci.
Boleh cadangkan makanan menu harian bagi pesakit jantung tak ?
Salam sejahtera tuan tanah.
Thanks for sharing. sakit jantung memang umum tahu penyakit no 1 paling kerap menyerang penduduk negara kita. Apa alasan kita untuk tidak mengambil tahu tentang cara terbaik mencegah sakit jantung? Bertindak sekarang. Amalkan budaya hidup sihat.
huhuhu.
Anda ingin SIHAT? Bagus! Saya percaya Anda ingin Sihat. Kini ianya sangat MUDAH, SENANG & TANPA makan ubat-ubatan Anda boleh SIHAT! PENEMUAN oleh para doktor dimana mereka juga adalah PENGGUNA produk ini!!. Kenapa ENERTRI? Enertri merupakan produk kesihatan 100% semulajadi yang mampu mengatasi masalah:
1. DIABETES
2. PENYAKIT JANTUNG
3. TEKANAN DARAH TINGGI/ RENDAH
4. PENYAKIT ARTERI KORONORI
5. KOLESTEROL/LDL TINGGI
6. GANGRENE
7. TIROID
8. STROK
9. DAN BANYAK LAGI...
CEPAT!! Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk ini sila layari:
1. https://www.facebook.com/EnertriEnerFiberOnlineStore#
2. http://fadz5765daverdum.wix.com/enertrienerfiber
Bagus info berkaitan jantung ni. Dapat membantu dalam menghasilkan artikel yang penuh berinfomasi.
untuk hidup sehat dan bisa dapat penghasilan
www.oxi-pro.com
Terima kasih bertambah lagi pengetahuan saya tentang penjagaan jantung :)
Jaga kesihatan anda, keluarga dan rakan2 anda juga dengan meminum air yg bersih :)
https://cuckoodrink.blogspot.my/
Terima kasih tuan kerana berkongsi maklumat ini. Sangat penting manusia menjaga jantung kerana jantung adalah organ yang sentiasa bekerja mengepam darah ke seluruh anggota walaupun kita sedang tidur.
Jantung tidak pernag berehat melainkan diperintahkan Allah untuk berhenti bekerja.
Semoga kita semua mengambil berat tentang penjagaan organ yang sangat penting ini.
Terima kasih atas info yg berguna. . Ada tip berhenti merokok x? Antara punca itama tu..
Senaman dan pemakanan adalah saling berkait di mana ia mempengaruhi di antara satu sama lain. Senaman dan pemakanan yang sihat bukan sahaja dapat merendahkan risiko penyakit moden seperti osteoarthritis, hipertensi, penyakit jantung, da kencing manis. Diet yang berasaskan formulasi makanan bukan makanan seperti yang di proses atau makanan segera, dapat membantu mengekalkan kemudaan dan meningkatkan kesihatan anda terutamanya memandangkan ia menghasilkan bahan penting seperti MELATONIN yang dianggap sebagai penentang anti-penuaan semula jadi oleh para saintis.
https://the7green.com/blog/bagaimana-cara-mengamalkan-gaya-hidup-sihat/
Post a Comment