Wanita Haid Tidak Teratur Boleh Hamil

DR Fairuz Ashikin Abd Kadir, pakar perbidanan.

Sebenarnya wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu memang dikaitkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil dengan spontan tanpa bantuan perubatan.

Kebiasaannya, anggapan masalah ketidaksuburan terhadap seseorang wanita itu berlaku apabila dia sudah berkahwin dan melakukan hubungan seksual yang biasa (yakni sekurang-kurangnya empat atau empat kali seminggu tanpa halangan - kondom dan sebagainya) selama setahun tetapi tidak hamil.

Rawatan kesuburan harus dilakukan setelah pasangan menjalankan beberapa siasatan perubatan tertentu iaitu:

  • HSA (husband seminal analysis): analisis air mani suami - melihat kualiti dan kuantiti sperma suami secara mikroskopik
  • Ujian hormon wanita - FSH (follicle stimulating hormone), LH (luthenising hormone) dan Prolaktin. Keseimbangan hormon FSH:LH menunjukkan sama ada terdapat rangsangan atau tiada ovulasi terhadap ovari. Tahap Prolaktin tinggi menandakan rangsangan daripada kelenjar pituitari yang boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur.
  • Ujian hormon progresteron ini akan dirembeskan pada hari ke 21 yang menandakan sama ada wanita telah mengeluarkan telur.
  • Adakala dilakukan juga ujian hormon tiroid, MGTT (mod glucose tolerance test) untuk memastikan tiada masalah tiroid atau kencing manis.
Ubat kesuburan tidak harus diberi kepada pesakit tanpa rawatan susulan kerana pada hari kitaran haid ke 10 hingga 12, harus dilihat sama ada kilang ovari terangsang. Pengambilan ubatan jenis 'clomiphene' boleh menyebabkan rangsangan yang terlebih (hyperstimulation) sehingga boleh menyebabkan komplikasi kepada pesakit.

Pengambilan clomiphene tanpa pengawasan dalam jangka masa yang lama juga akan meninggikan risiko barah ovari terhadap pengambilan clomiphene. Oleh itu, dinasihatkan wanita yang baru berumahtangga supaya mencuba secara biasa terlebih dulu untuk hamil. Jika terdapat tanda-tanda awal mengandung seperti mual, muntah, kesakitan pada payu dara, berjumpalah doktor untuk ujian air kencing menentukan hamil (UPT - urine pregnancy test) dan imbasan ultrasound.

28 comments:

Anonymous said...

saya nak tnye...saya mempunyai berat 120kg dan tnggi 160 cm,saya bru brumur 20 thun,saya punyai haid yang x tratur adakalanya dalam stahun saya hanya haid skali atau dua kali dan adakalanya saya x kan dtang haid slama dua thun...
di sini saya nak tnye:
1.Apakah sume nie berlaku akibat kgemukan saya?
2.Adakah ia akn menyukarkan saya tuk hamil?
3.Bagaimanakah tuk mrawatnye?
4.Bagaimana plak ngan keputihan kerana saya x pnah alami kputihan.Adakah ia akn bri kesan pda diri saya?

juraini said...

awk ni obersiti mcm saya.. p jumpa doktor pun dia suruh kurangkan berat badan.. so apa kata kita sama2 turunkan berat badan

Anonymous said...

saya mempunyai masalh haid yg ak teratur...skang ni sy dh 3 bulan x dtg period..takutnyee.mcm2 la sy pikir...tapi xyakin la nk jumpe doktor....mcm ne ek..sy rasa hormon sy x stabil..mcm ne nk buat ye.....

Anonymous said...

Saye berumur 28thn. Sudah berkahwin 4 tahun. Kami merancang utk ade anak tahun depan. Untuk itu suami saye akan megamalkan kondom atau melepaskan air mani di luar. Sekarang saye hampir 3 bulan tak period. Ade kemungkinan ke saye mengandung walhal saye tau kami mengamalkan care seks yg selamat??

Anonymous said...

saya baru lepas bersalin tidak datang haid sampai anak saya 5 bulan, beberapa hari lepas saya dan suami bersama ..adakah saya akan hamil?sedangkan saya tidak datang haid?

Anonymous said...

thr3amira....
kepada semua golongan hawa yg bermasalah dgn kitaran haid tak teratur.... jarang2.... kadang-kadang....

jgn malu dan jgn segan....
hubungi 0133009006

kita ada cara yg mmg hawa tau nak gunakan nya....
senang sgt2...

Anonymous said...

saye nk tanye skt....sy dh kawen 1 thn..blm ada tanda2 utk dpt baby lg...haid sy tidak teratur dan senggugut tiap kali datang haid..sy juga mengalami keputihan ..adakah ini menyebabkan sy tidak boleh hamil??bagaimana untuk merawatnya??

mamasofea said...

Saya mengalami pertambahan berat badan dan haid tergangu akibat kegemukan selepas berkahwin dan menunggu 5 tahun untuk mendapatkan seorang anak, itu pun selepas pelbagai rawatan dan dpt menurunkan seidkit berat badan. Selepas 2 tahun, tanpa makan pil perancang saya suakr hamil anak ke-2 hingga sekarang, anak saya sudah 4 tahun. Akibat kegemukan juga saya mengalami gangguan haid, saya pergi buat rawatan pelangsingan dan haid kembali teratur setelah berat badan dapat dikurangkan. Akibat nak anak, saya ambil pil kesuburan dan saya gemuk kembali tetapi belum pun hamil anak ke-2....Susah benar untuk saya hamil..walaupun haid sudah teratur ...harap dapat bantu..

Anonymous said...

saya dh sthn kwin..tapi belum ada tanda2 saya akan hamil walaupun telah berusaha pelbagai cara untuk hamil .masalhnya sy mempunyai haid yang tidak teratur...kadang2 sampai 6 bulan tidak dtg haid.slps khwin berat badan sy telah btmbh.sy ingin hamil dalam wktu terdkt ni memandangkan umur pun dah masuk 29 thn ni.so,apa harus saya lakukan?

Hid@y@h said...

salam,sy mempunyai haid x teratur...dalam sebln kadang2 2 kali sy dtg haid...dan tempoh masanye panjang...sy sudah berkawin 1 thn...sy ingin hamil dlm masa terdekat ini..ada x rawatan utk hal ini...

Anonymous said...

Kepada sesiapa yg baru setahun tetapi masih tidak hamil dan haid tidak teratur , anda boleh hamil kerana saya juga mengalami masalah yang sama dulu. Bukannya org yang ber" isi " tidak boleh hamil tetapi itulah salah ssatu antara sebab yang mungkin boleh menghalang kehamilan. Apa yang saya boleh kongsi disini:
1. Diet sihat - banyak pemaknan utk membantu kesuburan iaitu makan dengan sihat!. Carilah info kat fertility blog. ada banyak. Antara yang saya amalkan ialah tidak minum kopi. minum chinese tea sahaja dan banyak lagi.Elakkan makanan segera.
2. Senam!
3. Bagi yang muslim, Allah la tempat kita memohon .. bacalah doa nabi zakaria, solat hajat...
4. Rancang masa untuk bersama tu semasa hari ke 14,v 15 dan 16 selepas hari pertama period ( lantakle kalu kita period tak stabil pon) dan 4-5 hari sblum tuh jangan bersama dulu. Bersama dalam keadaan yang cukup rehat, happy dan jangan stress.
5. Jangan stress!
6. Dapatkanlah rawatan fertility kat spital2. Swasta bagi yang mampu dan hospital kerajaan di Klinik pakar O'n'G. InsyaAllah akan dibantu.
7. Kedua2 suami isteri pon kena jaga kesihatan sebab bukanke sperm tuh datang dari suami. Sperm yang baik juga akan membantu dalam hal ini( pada yang kuat merokok..kurang2kan lah. Jangan pakai seluar yang ketat2 sangat esp sluar jeans.Supplement utk membanyakkan sperm pon ada . Sila rujuk Dr pakar.

mohamedazlan said...

maklumat untuk membantu masalah haid tidak teratur,sila layari mohamedazlan.wordpress.com

Anonymous said...

nak tanye....apanama ubat@vitamin yang boleh mengatue period???

Anonymous said...

saye nak tanye mak saye kalo datang haid mestibadan die melayang2 sampay kan xbole tundok kebawah, pandangan bepusing (peneng) umor mak saye 49 . bole saye tau kenape ? ?

Deekay De' Devilicious said...

Kalau dikatakan pasal kegemukan bdn yang menyebabkan haid x keluar mustahil jgk. bera t saya 67KG dan tinggi 164CM. Saya dah 2 thn x dtg haid. kalau ckp penyakit, mustahil, dua kali jumpa doctor, 2 kali scan, 2 kali ujian darah, 2 kali ujian hormon, 2 kali ujian thyroid.. Dua-dua doctor kata hormon saya stabil, tak ada penyakit, tak ada ketumbuhan dlm ovari saya. Jadi kenapa? First time saya dtg haid ialah pabila umur saya 14 tahun. Bila umur saya 15 thn setahun tu x keluar. Bila umur 16 thn baru regular balik sampai la umur saya 21 thn. Adakalanya dtg tapi sekali je dlm setahun. So mcm mn? Saya dah tnya expert online, dia soh saya ambil ubat hormon yg bg keluar haid. Tapi Ubat tu farmasi kat malaysia tak Jual, smua kat hospital and certain klinik je ada. Harga pun tak murah.

Anonymous said...

salam,,

sy nk kongsi p'galaman,,erm,,sy pom jenis yg tidak teratur kitaran haid,,nk dkt sbulan da pas keguguran sy xdtg period,,risau jgk sbb sy mmg plan nk ada ank lepas ne,,law xperiod,mmg susa la nk hamil kn,,erm,,sblum ne mmg sy g farmasi utk beli ubt pecahkn darah&ubt hormon,,,sy mnum ubt pecahkn darah toe,,xde kesan,,,pas toe kakak sy pena bg suggestion suh mnum jus perawan,,,utk lancarkn kitaran haid,,sy bt research,,tntg jus perawan dn jamu mak dara,,so sy pilih jamu mak dara ne,,5 dlm 1,,blh control berat bdn,lancarkn kitaran period,more kpda dalaman wanita...first sy mnum,,mmg bepeluh,,rasa pns je dlm bdn smua,,,respon ubt,,n kena mnum byk air,,,alhmdulillah,,,xsmpi smggu i ambk jamu mak dara ne,,bru 3 ari darah i da kuar da,,,mcm besa,,i xberani nk ambk ubt hormon toe,,sbb pln nk ada bby pas ne,,jamu mak dara pom da ckup tuk mslh wanita,,

MarukuMak said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam..sy runsing dan rasa rendah diri sangat..haid sy x teratur..bkn xdtg haid tp tlalu kerap dtg haid..kadang2 sy rasa sedih dn ttekan sgt..cthnye dlm bln jun sy dtg haid 2 kali..iaitu pada 7/6 hingga 14/6 pastu hari nie 23/6 sy dtg dtg haid lg skali..kadang2 rasa kesian kat suami..ade sape2 bleh bantu sy??

Nur Ezqy said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

Harga serendah RM1.50/pcs.

Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

Anonymous said...

salam..sy juga mgalami mslh haid yg tidak teratur..sy period seawl umur 13 thn..sejak period tuu..mmg tidak teratur sehingga sy disahkan mempunyai ketumbuhan di kilang telor..awl 2005 sy mjalani pembedahan mgeluarkan ketumbuhan tersebut..dan sehingga kini haid sy masih tidak teratur..dlm setahun sy period skali dan dua kali..sy dh rujuk doktor semula..beliau kata sy tiada apa2 lg mslh..mgkin disbbkan mslh berat badan..tp sy dh berjaya mgurangkan berat bdn..tp masih tidak teratur.. tahun nie sy period 2 kali shaja..last period bulan 6 ari tu..runsing sgt..mohon ada sesiapa yg dapat mmberikan pendapat..

Anonymous said...

Slm..u try la mkn epo(evening primrose oil)..elok untk wanita cz supplement tu bantu seimbangkan hormon dlm bdn.. i pon ada mslh haid xtratur..kkdg 4bln skali..then my fren suggest i amik epo ni.. dlm 2,3 ari mkn i period.. ni da msuk bln ke3 i amik supplement tu n ktaran haid i makin lancar.. Slain tu epo ni pon bantu kurgkn gejala pms.. mmg elokla untk kaum wanita.. lgpon dia xda chemical.. u try k.. n jgn lupa doa jgk..insyaAllah..

syimmmm said...

salam...sy ada satu kemushkilan berkenaan pengiraan kehamilan..sy mempunyai kitaran haid yg tidak teratur n sy last period pd 11november 2012...sy bru shj mendirikan rumahtangga pada 29 disember 2012..sehingga sekrg sy masih blum period...sy nk tnya, sekiranya sy hamil, adakah pengiraan kehamilan sy bermula drpd last period sy sedangkan hubungan kelamin pertama sy adalah pd 29 disember...sy risau kehamilan sy awl n tanggapan org bhwa sy telah terlanjur sedangkn sy tidak pernah bersetubuh sebelum berkahwin...minta n mohon penerangan sekiranya dapt...tqvm

citarasa anda said...

Saya ada 1 mesin ni.. mesin terapi.. x perlu mkn ubat or sebarang suntikan.. mesin ni mengeluarkan elektrostatik current.. mmbantu membersihkan saluran darah.. dalam msa yg sama, ia dapat mmbantu menstabilkan blik hormon.. terutamanya bgi msalah haid tidak tratur.. bg yang susah hamil insyaallah dapat mmbantu.. sebab pernah trjadi seorang makcik ni dh monopos.. tapi x di sangka2 dia mngandung.. tapi doktor sarankan kandungannya dgugurkan kerana faktor usia.. kalau sapa2 nk cuba boleh la hubungi saya.. 0129560149

Anonymous said...

Salam uolss. Saya pun dulu ade masalah sama. Ada yg mampai 5bulan xdtg period. Berat badan saya naik. Lepas tu cuba try lumiglow. Mcm lotion sapu pada perut. Harga sedikit mahal.mula2 pakai dlm seminggu period keluar walaupun sedikit. Saya teruskan pakai. Lepas guna 3 bulan berat badan turun
.,period jadi ontime. Sekarang dh ade anak 8 bulan selepas guna lumiglow.

Kalau nk cuba krim ni boleh sms mira 0129120513 .. Saya pun beli kt dia.

Rahimah, pahang.

cheq eem said...

wanita yang mempunya masalah hormon seperti period tidak stabil sukar untuk hamil. Ini kerana kita tidak dapat pastikan bilakah waktu subur iaitu waktu sesuai untuk bersama.. boleh cuba ambil supplement untuk memperbaiki masalah hormon.. insya allah berjaya...

sedikit info utk dikongsikan bersama.. http://www.vitamin4kesihatan.com/women-health/

Anonymous said...

Saya nak mtx pendapat,lpas kawen period sya x stabil...tiap bulan sya akan alami sintom buah dada bengkak dan bru2 ni buah dada sya htam mcm org mengandung mengikut apa yg saya b dan masalah lg perut saya semakin membuncit mcm org mengandvng .....tiap bulan saya jmpa doktor ntk mengetahui masalah saya ...tp ubt tahan ja yg sya dpt...ntk pengetahuan sya pernah gugur lebh 7 bln lalu...lpas gugur bera. bdan saya smkn naik...sya buntu

Yatt daus said...

Ekstrak KACIP FATIMAH keluaran UTM adalah bersih, terjamin dan halal kerana UTM mempunyai makmal sendiri dan kajian saintifik telah dilakukan oleh penyelidik UTM dan dipantau oleh Institut Pembangunan Bioproduk, UTM.
Ia juga diperakaui oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad. Klik like dan msg jika berminat :

https://www.facebook.com/pages/Ekstrak-Kacip-Fatimah-Johor/683573121666622

Anonymous said...

untuk maklumat lanjut mengenai kesihatan,
boleh berkunjung ke sini
http://goo.gl/XWFKGV