Apakah Itu Kolesterol?

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol Jahat, Kolesterol Baik

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Bagaimana Serangan Jantung Boleh Berlaku?

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Partikel kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh partikel kolesterol LDL.

7 comments:

TZY said...

kalau rajin bersenam boleh kurangkan kolestrol kan...
layari blog saya...ada produk boleh bakar lemak

slimdiet2 said...

kolostrum baik untuk mengurangkan kadar kolestrol dan merupakan alternatif kepada masalah ini.maklumat lanjut jom jenguk blog saya

Unknown said...

Boleh juga kawal pemakanan sendiri. Make sure kenalpasti makanan yang tinggi kolestrol atau tidak sebelum makan. If kolestrol tinggi, janganlah makan secara berlebihan. Hak memilih makanan, adalah hak diri kita. So, kenalah beringat bila makan tu.

BM said...

Kolestrol ini merupakan musuh dalam diam... Kesannya tidak dirasai tapi amat mengejutkan.

Unknown said...

Nice info!!! Baru faham apa yg dimaksudkan dengan asterosklerosis...memang kena jaga pemakanan dan kadar kolesterol dlm badan..thanks for sharing!!

Haidazura (aeizura) said...

Best info. Antara penyerang senyap dalam tubuh badan manusia yang mengakibatkan kesan yang sangat menakutkan...Thanks.

sally said...

suami saya mengamalkan Jus Pati Herba Madu sanagat membantu menurunkan paras kolesterol...