Bagaimana Diagnosis Kemurungan (Depresi) Dibuat?

Ada lima faktor digunakan bagi mengdiagnosis kemurungan.

  • Mood negatif- rasa sedih, rasa ingin menangis, risau mengenai perkara buruk, risau atau kecewa dengan semua perkara dan tidak berupaya membuat keputusan.
  • Masalah interpersonal - kesukaran atau masalah berinteraksi dengan orang, anti sosial dan kerap mengasingkan diri (pengasingan sosial).
  • "Ineffectiveness" - penilaian negative terhadap keupayaan diri sendiri.
  • Anhedonia - tiada tenaga, tidak upaya menikmati pengalaman menyeronokkan, masalah tidur, hilang selera dan suka menyendiri.
  • Rendah jati diri - tidak suka diri sendiri, rasa tidak disayangi dan cenderung untuk bunuh diri.

Simptom kemurungan
  • Rasa sedih dan lekas marah.
  • Hilang minat pada aktiviti yang digemarinya.
  • Kurang selera makan.
  • Sukar tidur atau terlebih tidur.
  • Pergerakan yang lembap.
  • Keletihan dan kurang tenaga.
  • Rasa bersalah.
  • Sukar memberi tumpuan.
  • Kerap memikirkan mengenai kematian atau membunuh diri.

Fakta Kemurungan
  • Sekitar 10 peratus remaja mengalami kemurungan.
  • Kemurungan lebih cenderung terjadi di kalangan pelajar perempuan dan mereka yang lahir dalam keluarga yang ramai.
  • Pelajar yang murung kerap memikirkan untuk membunuh diri.
  • Kebanyakan pelajar yang murung sebenarnya bijak dan berbakat.
  • Kebanyakan pelajar murung tidak difahami oleh masyarakat sekeliling menyebabkan mereka tidak mendapat rawatan yang betul.

4 comments:

Farhatun Najah said...

apa cara untuk memulihkan Depresi tu?

Zaleha said...

Depressi memang membebankan.

Selain memerlukan minda yang sentiasa positif, sebenarnya kita juga harus bangkit untuk mengatasi apa jua masalah yang menyebabkan depressi tersebut!

Ardhi said...

Ahli keluarga juga memainkan peranan yang penting untuk membantu seseorang yang menjangkiti penyakit kemurungan. Kesayangan mereka boleh memberikan rasa kepentingan kepada pesakit.

Anonymous said...

Macamana nak check for depression ni? If we were to meet the doctor, macamana nak beritahundoktor untuk lakukan ujian depressi ni? Terima kasih.