Spinal stenosis Antara Punca Kaki, Tangan dan Leher jadi Kejang, Kebas

Ruang tulang belakang sempit bukan penyakit
BH

Jika anda pernah berasa kebas, lemah, kejang atau sakit pada kaki apabila menggerakkan bahagian belakang ketika duduk, mungkin anda berhadapan masalah ‘spinal stenosis’.
Spinal stenosis bukan penyakit, ia merujuk kepada masalah penyempitan ruang tulang belakang. Apa saja punca penyempitan laluan tulang belakang (spinal canal) adalah spinal stenosis.

Tulang belakang adalah garisan panjang terbentuk daripada 26 tulang. Ia membolehkan anda berdiri tegak atau membengkok. Tulang belakang juga melindungi saraf tunjang daripada tercedera. Mereka yang berhadapan dengan spinal stenosis bermaksud, tulang belakangnya menyempit pada satu atau lebih bahagian berikut iaitu ruang tengah tulang belakang, laluan saraf bercabang keluar daripada tulang belakang atau saraf antara tulang di tulang belakang (vertebra).

Pakar Perunding Ortopedik dan Pembedahan Trauma, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Khaizatul Ezam Abu Bakar, berkata spinal stenosis adalah masalah biasa dialami mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

Bagaimanapun, bagi orang muda, masalah itu boleh terjadi apabila mereka cedera pada tulang belakang. Selain itu mereka yang lahir dengan laluan tulang belakang yang sempit juga berisiko berhadapan dengan spinal stenosis.

"Selalunya spinal stenosis terjadi di bahagian bawah tulang belakang (lumbar). Penyempitan memberi tekanan kepada tulang belakang atau saraf yang keluar secara bercabang daripada tulang belakang," katanya.

Beliau berkata, spinal stenosis membawa kepada pelbagai masalah bergantung kepada saraf yang terjejas, "Penyempitan itu mungkin membabitkan bahagian yang kecil atau besar pada tulang belakang. Tekanan pada bawah tulang belakang atau akar saraf yang bercabang keluar dan pada kawasan itu mungkin meningkatkan rasa sakit atau kebas pada kaki. Ia boleh berlaku pada satu peringkat saja atau banyak peringkat," katanya.

Secara umum, spinal stenosis menyebabkan kekejangan, sakit atau kebas pada kaki, belakang, tengkuk, bahu atau lengan. Kadangkala pada peringkat lebih serius ia boleh membawa masalah kepada pundi kencing atau pergerakan usus.

Simptom lemah spinal stenosis boleh dihilangkan dengan ubat atau terapi fizikal, tetapi dalam kes yang lebih serius ia mungkin memerlukan pembedahan bagi mewujudkan ruang tambahan.

Walaupun pembedahan membantu mengurangkan kesakitan, ia tidak boleh memperbaiki saraf yang rosak atau menghentikan proses 'degenerative' (kemerosotan tulang disebabkan penuaan) yang membawa kepada spinal stenosis.

"Spinal stenosis biasa terjadi pada bahagian L4 dan L5. Kira-kira 80 peratus lelaki pada usia 40 tahun akan mengalaminya dan 65 peratus wanita mengalaminya pada usia yang sama," katanya.

Secara klinikal, kekerapan wanita mengalaminya berbanding lelaki adalah tiga nisbah satu atau lima nisbah satu.

Punca spinal stenosis

Dr Ezam berkata, spinal stenosis dikategorikan sebagai 'primary' atau 'acquired'. Ia selalunya berlaku ketika lahir. Antaranya masalah yang tidak diketahui puncanya (idiophatic) dan masalah disebabkan kecacatan bentuk fizikal seperti orang yang dilahirkan kerdil (achondroplasia).

Bagi kategori 'acquired pula, ia selalunya berlaku disebabkan perubahan kemerosotan (degenerative) tulang belakang yang seiring dengan penuaan. Selain itu, ia boleh terjadi disebabkan faktor berikut:
• Diska teranjak;
• Perubahan ligamen;
• Tumor;
• Jangkitan seperti tibi;
• Patah tulang belakang;
• Kelonggaran tulang belakang;
• Kesan pembedahan tulang belakang pada masa lalu.

Gejala Spinal Stenosis

  • Penyempitan tulang belakang selalunya tidak menimbulkan masalah, tetapi jika penyempitan itu menekan tulang belakang atau saraf tulang belakang, ia akan membentuk simptom. Selalunya ia bermula dengan rasa sakit yang sedikit sebelum berubah menjadi makin teruk.
  • Rasa sakit atau kejang pada kaki. Selalunya rasa kejang pada kaki bermula apabila anda berdiri terlalu lama atau ketika berjalan. Rasa sakit itu hilang apabila anda membengkok atau duduk tetapi terjadi kembali apabila anda berdiri semula.
  • Rasa sakit pada belakang dan pinggul. Diska yang teranjak boleh menekan saraf pada bahagian bawah tulang belakang. Ia membawa kepada rasa sakit yang bermula pada pinggul atau punggung yang turun ke bahagian kaki. Rasa sakit makin teruk bila anda duduk tetapi hanya menjejaskan satu bahagian saja. Anda akan berasa kebas, lemah dan rasa digigit gigit (tingling) pada kaki atau jari kaki.
  • Rasa sakit pada tengkuk dan bahu. Biasanya berlaku apabila saraf tengkuk ditekan. Ia mungkin terjadi sesekali atau mungkin kronik. Kadangkala ia akan turun pada tangan atau lengan. Anda mungkin alami sakit kepala dan kelemahan otot.
  • Hilang kawalan pundi kencing (sindrom cauda equina). Dalam kes yang serius, saraf pundi kencing atau usus terjejas menyebabkan sebahagian atau keseluruhan bahagian pundi kencing terjejas. Ia terjadi di kalangan tiga hingga empat peratus pesakit.

Rawatan
Rawatan bukan pembedahan
  • Ubat anti radang bukan steroid (NSAIDs). Biasanya membabitkan ubat yang boleh dibeli di kaunter seperti aspirin atau ibuprofen.
  • Analgesics - bukan penahan sakit.
  • Pengambilan makanan tambahan.
  • Berehat atau mengehadkan aktiviti yang boleh memperbaiki simptom.
  • Terapi fizikal.
  • Pemakaian alat bantuan seperti korset.
  • Suntikan epidural.

23 comments:

Anonymous said...

terapi fizikal nak buat macamane? ada info tambahan tak tuan doktor?

Anonymous said...

Doktor,

Anak saya berusia 7 thn, sering kali mengalami kebas kaki sewaktu tidur. Kadang-kadang beliau sampai menangis kerana kebas, dalam kira-kira 15 saat. Kejadian itu berlaku selepas beliau jatuh terpelecok di sekolah. Agak lama luka itu mengambil masa untuk sembuh memandangkan ianya terkena pada bahagian buku lali.
Bagaimana caranya untuk saya menghilangkan rasa sakit itu dan di mana boleh kami dapatkan rawatan untuk beliau.?
terima kasih

Anonymous said...

slm sejahtera doctor,sye umur 22 thun,,setiap hri sye merasa dan terpaksa menahan kesakitan,,tengkuk dan tulang belakang saya,setiap msa sya akan rasa sakit,,berhenti hanya beberapa minit sje,,pas tu akan sakit semula,,dan bila da mula sakit tengkuk dan bahu saya akan mengkak,,apa kah masalah sakit yg saya hadapi ni doctor?dan treatment yg perlu sye ambil?thnx doc,,

Norliyana said...

bagaimana dengan risiko pembedahan tulang belakang

Anonymous said...

saya berusia 29 tahun. mengalami masalah low back pain - Degenerative disc disease (L1/2, L5/S1 & T11/12), retak tulang servikal (C5/6) hampir 2 tahun sehingga menyebabkan saya tidak boleh bergerak dari pinggang ke bawah ketika mula-mula mengalaminya. kini saya mengalami masalah lenguh di pangkal tengkuk sehingga menyebabkan tangan kanan saya kebas dan kejang di kedua-dua belah kaki. saya juga mengalami rasa pedih di hulu hati dan sering batuk. saya diberi Mobic & Neurobion untuk mengatasi rasa sakit yang saya alami. saya juga diarahkan oleh doktor yang merawat untuk menjalani fisioterapi tetapi masalah yang saya alami berlarutan hampir 4bulan & masih tidak berkurangan. saya berasa tertekan dengan masalah yang saya alami. apakah cara yang dapat saya lakukan bagi mengurangkan rasa sakit saya...

MAN said...

salam dokor,
saya dah tiga tahun mengalami sakit leher(cervical spondylosis).semasa menjalani fisio, dalam dua tiga hari semua ok,lps tu sakit balik..bahagian tangan dan kaki berasa kebas sehingga menyukar aktiviti harian..apa nasihat doktor dengan permasalan saya ini?

terima kasih..

Engku Zapple said...

saya Khai,umor 21.Saya mengalami sakit2 pd bahagian tulang belakang, ianya berpunca akibat kemalangan 5tahun dahulu.selain itu, angota2 badan saya kerap kebas. Saya telah membuat rawatan lanjut.Masih tiada perubahan.. apakah langkah seterusnya?
sila bagi maklum balas kpd saya

Anonymous said...

Salam sejahtera, isteri saya (44 tahun) telah mengalami kebas tangan dan kaki sebelah kiri hampir 3 tahun. Berbagai rawatan dan terapi telah dilalui di hopital kerajaan contohnya terapi lilin ,kejutan elektrik dan telah melalui kedah pengesanan MRI. Tapi sampai sekarang tiada perubahan malah lebih teruk. Rambutnya banyak yang gugur. Kebas tangan ini akan lebih terasa semasa bangun tidur. Saya dah mati akal untuk mencari kaedah rawatan. Berbagai makan kesihatan telah dicuba. B kompleks telah berbotol dimakan masih tiada kesan. Boleh doctor cadangkan apakah kaedah rawatan atau pemakanan yang boleh mengurangkan kebas ini. Terima kasih.

Unknown said...

saya mengidap leher dan pergelangan tangan kaku sehingga menyebabkan saya tidak boleh tunduk dan pergelangan tangan terbatas untuk bergerak...apabila berjalan pula saya menonggek ke belakang dan leher mendongak ke atas..saya tidak tahu apa penyakit saya..mohon tuan doktor berikan pandangan..

Anonymous said...

salam doktor,
sy gdis brusia 21thn. sejak 5thn yg lalu sy mula mngalami skt blakang.ia brmula dgn bnjolan di pinggang sy.sy dh jmpa doktor pakar,tp sehingga kini tdk diketahui puncanya.keadaan sy skg mnjadi btambah teruk.kadang2 anggota badan bhgian kiri sy tdk brfungsi.pd waktu mlm sy sering mngalami kekejangan dr pinggang hingga ke hujung kaki.perut sy juga brmasalah.sehingga kini benjolan tersebut semakin bnyak.berat badan sy juga semakin susut.minta penjelasan dr doktor.
terima kasih.

Anonymous said...

Salam doktor,
saya ingin bertanya pendapat doktor. saya gadis berusia 23thn. sejak awal minggu ini saya alami kebas di tangan kiri dan kurang imbangan badan waktu bangun tidur.rasa kebas
berterusan selama 6 hari dan tidak merebak ke anggota lain. adakah berpunca dari masalah serius atau hanya masalah ringan? minta respon doktor.
terima kasih.

Anonymous said...

Hi Dr, saya mengalami sakit di leher.. urat jd keras di sebelah kiri leher.. apakah puncanya.. saya baru dapat dalam 3minggu

Anonymous said...

saya berusia 16 tahun, saya sering mengalami kekejangan pada bahagian lengan & juga kaki .. apakah saya tergolong dalam orang yang mengalami "SPINAL STENOSIS" ??

Anonymous said...

assalam Dr, sy mengidap penyakit tibi tulang belakang dibhgian t7. Separuh bhgn t7 saya rosak. Sy disyorkan utk menjalani pembedahan bg membuang nanah n memasukkan tulang lain sbgai sokongan tulang t7 utk mgelakkan tulang sy patah. Saya nak tanya selain pembedahan tiada ke rawatan tanpa pembedahan? Terima kasih.

Anonymous said...

Salam. Sy berusia 31 thn. Slps bsalin anak ke2 brt bdn sy naik sbyk 20kg. Mslh sy, sy kerap kejang dibhgn tgn kanan. Kdg2 melarat sampai ke perut. Prnh juga kejang dibhgn kaki terutama dibhgn bwh punggung. Apakah pndgn doc mengenai mslh sy ini?

Unknown said...

Untuk mengelakkan kebas kaki atau kejang kaki..anda semua boleh ambil supplemen yang mengandungi kalsium. Ini kerana bila kita kekurangan kalsium. Anda boleh ambil ostematrix Shaklee kerana ia mengandungi kalsium yang cukup untuk tulang kita. Saya dulu menghadapi perkara yang sama. Setelah mengambil secara konsisten.alhamdulillah kebas dah tiada lagi.

Unknown said...

Untuk mengelakkan kebas kaki atau kejang kaki..anda semua boleh ambil supplemen yang mengandungi kalsium. Ini kerana bila kita kekurangan kalsium. Anda boleh ambil ostematrix Shaklee kerana ia mengandungi kalsium yang cukup untuk tulang kita. Saya dulu menghadapi perkara yang sama. Setelah mengambil secara konsisten.alhamdulillah kebas dah tiada lagi.

Unknown said...

Jika ingin mendapatkan produk Shaklee boleh what's app di 016-7684878

Unknown said...

Terima kasih admin ats info bermanfaat..Utk atasi kekejangan berterusan jom ke blog sy.Sedikit perkongsian bersama

http://hairunissajopri.blogspot.com/2014/04/ostematrix-bukan-sekadar-kaslium.html?m=1

Nissa
0193584312

Unknown said...

salam doctor. hujung tahun december 2014 saya mengalami kecederaan retak tulang cocxyc. mengambil 2 kali injection steriod. sukar untuk duduk dan bgn. sekrang kaki kanan saya sentiasa rasa kebas. duduk ataupn berjalan. rasa tidak selesa. mungkinkah ade kne mengena dgn tulang belakang atau lain2. tq.. apakah nasihat doctor untuk ini.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam doctor. hujung tahun december 2014 saya mengalami kecederaan retak tulang cocxyc. mengambil 2 kali injection steriod. sukar untuk duduk dan bgn. sekrang kaki kanan saya sentiasa rasa kebas. duduk ataupn berjalan. rasa tidak selesa. mungkinkah ade kne mengena dgn tulang belakang atau lain2. tq.. apakah nasihat doctor untuk ini.

Mama_sya home made said...

Kaki muka mula lebas..skg dh hilang lebas hnya jari aje..tapi bila jalan kaki jadi lembik..