Kesan Pendedahan Berpanjangan Terhadap Asap Ekzos

Otak manusiaAsap ekzos tingkat tekanan pada otak

Penyelidikan toksikologi di Universiti Zuyd, Belanda mendapati pendedahan singkat kepada asap ekzos kenderaan sudah cukup untuk meningkatkan tekanan kepada otak manusia.

Hasil penyelidikan itu menunjukkan partikel halus (nanoparticle) di dalam asap ekzos yang disedut akan menyebabkan perubahan pada aktiviti otak.

Kajian dijalankan dengan memantau aktiviti otak dua kumpulan sukarelawan didedahkan sama ada kepada udara bersih atau asap ekzos selama satu jam menggunakan alat elektroencephalograf (EEG).

Sukarelawan yang didedahkan kepada asap ekzos dilihat mula menunjukkan tekanan ke atas bahagian korteks otak selepas 30 minit.

Kepekatan asap ekzos pada ketika itu pula adalah bersamaan dengan jumlah yang paling tinggi dihadapi orang ramai di jalan raya yang sibuk.

Kesan pendedahan berpanjangan kepada asap ekzos tidak dapat dipastikan sepenuhnya tetapi didakwa mungkin mengganggu fungsi otak yang normal termasuk keupayaan memproses maklumat baru.

Selain itu, pendedahan kronik asap ekzos juga mungkin menyebabkan tekanan oksidatif yang telah dikaitkan dengan penyakit otak seperti Parkinson dan Alzheimer.

3 comments:

BM said...

Satu informasi yang wajib diketahui oleh semua orang! Tapi tercium bau ekzos sahaja pun dan pening...huhu

Farina said...

satu informasi yang perlu semua orang tahu dan ambil berat. hidup kita dikelilingi oelh asap. asap dari kenderaan amat bahaya dan membawa kesan buruk kepada kesihatan kita. jangan sesekali menghidu asap dari ekzos kenderaan dan cuba elakkan. so, jaga la kesihatan diri kita.

Cuci Kusyen Kereta said...

Info yang sangat membantu . Terima kasih