Kelainan Payudara Yang Tidak Berbahaya

Anda mungkin pernah ataupun mempunyai simptom-simptom berikut:
- Adakah anda merasa ketulan, benjolan ataupun kawasan yang 'keras' di payudara anda?
- Adakah payudara anda berasa sakit ataupun terasa sakit bila disentuh (sensitif)?
- Adakah kesakitan payudara (mastalgia) menjadi lebih kuat apabila anda kedatangan haid?
- Adakah kesakitan tu berterusan dan tidak mengikuti kitaran haid?
- Adakah anda perlu memakan ubat untuk menghilangkan rasa sakit payudara?
- Adakah kelainan payudara anda menjejaskan perhubungan anda dengan suami anda?

Jika jawapan anda 'ya' bagi mana-mana soalan di atas, maka anda mungkin mengidap keadaan yang dikenali sebagai kelainan payudara yang tidak berbahaya (benign). Keadaan ini juga dikenali sebagai penyakit payudara fibrocystic, mammary dysplasia, penyakit payudara tidak berbahaya (benign) atau sistik mastitis kronik.

Berapa kerapkah kelainan payudara tidak berbahaya ini berlaku?

Doktor mendapati ramai pesakit mengalami keadaan payudara ini. Kebanyakan wanita mempunyai struktur tisu yang membolehkan keadaan ini berlaku. Oleh itu, ini merupakan penyakit yang paling kerap menimpa payudara!

Apakah kelainan kelainan payudara yang tidak berbahaya?

Kelainan ini adalah penyakit bukan kanser (barah) yang boleh terjadi pada sebelah atau kedua-dua belah payudara. Ia selalunya dikenali dengan adarya ketulan ataupun ketulan berisi cecair (cyst) ataupun sista. Ia boleh terjadi di satu bahagian payudara atau melibatkan keseluruhan payudara. Ia boleh menimbul sebagai satu atau banyak ketulan berisi cecair. Ketulan ini mungkin terasa sakit atau hanya terasa sakit apabila disentuh. Ia juga mungkin hilang terus untuk seketika dan timbul semula kemudiannya.

Perubahan hormon akan menyebabkan kelainan payudara berubah-ubah, terutama perubahan yang berkaitan dengan kitaran haid. Kelainan ini boleh terjadi di semua peringkat umur selepas kehadiran haid tetapi ia lebih kerap di antara umur 30 tahun dan umur tamat dating haid (menopaus).

Kelainan ini akan menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur, di mana pengeluaran hormon dan ovari telah mencapai tahap maksimum untuk beberapa tahun. Ia akan berkurangan selepas putus haid dan kebanyakan kelainan payudara akan hilang dalam masa 1 atau 2 tahun kecuali jika wanita tersebut mendapat rawatan estrogen tambahan. Sesetengah wanita akan mengidap ketulan berisi cecair sehingga tua, walau apa pun rawatan diberikan.

Apa yang menyebabkan kelainan ini?

Mengapa penyakit ini terjadi masih belum diketahui, tetapi keadaan ini dipercayai disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon seks wanita. Ia tidak akan terjadi sebelum umur mula datang haid dan akan berkurangan selepas umur tamat haid (menopaus).

Bagaimana saya tahu bahawa saya mengidapnya?

Kelainan ini selalunya dikenali semasa wanita berjumpa doktor untuk pemeriksaan atau semasa cuba mendapat rawatan kerana kesakitan atau terasa sakit apabila disentuh atau ketulan pada payu dara yang dirasai semasa melakukan pemeriksaan payudara sendiri.

Dalam keadaan ini doktor anda akan melakukan beberapa ujian atau merujuk anda ke doktor pakar. Ujian-ujian ini termasuklan ujian radiologi seperti mamogram atau X-ray payudara dan ultrasound. Satu lagi ujian ialah dengan menyedut keluar cecair dan ketulan tersebut untuk pemeriksaan makmal dengan menggunakan jarum.

Doktor pakar mungkn akan satu pembedahan kecil yang dipanggil biopsi di mana tisu dan ketulan akan diambil untuk diperiksa. Kalaulah ketulan anda sangat besar ataupun menunjukkan ciri-ciri yang meragukan, doktor pakar mungkin melakukan pembedahan untuk mengeluarkan ketulan tersebut.

Sekiranya keputusan ujian tidak menunjukkan kanser, doktor anda akan memberitahu anda berita baik ini dan memberi nasihat seterusnya. Anda harus bertenang semasa menunggu keputusan pemeriksaan ini. Ia merupakan perkara yang biasa kalau anda dinasihati untuk menjumpai doktor anda tiap tahun atau beberapa bulan sekali. Ini bergantung kepada keputusan patologi yang diterima dan simptom yang anda alami walaupun diagnosanya bukanlah barah atau kanser.

Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Sekiranya kesakitan tidak keterlaluan, atau hanya datang untuk beberapa hari dalam sebulan, kebanyakan doktor akan mencadangkan cara mudah untuk merawatnya. Gunakan coli yang baik dan pakai pakaian yang tidak ketat.

Anda juga mungkin akan dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan kopi, teh dan cola di mana kandungan kafein boleh memburukkan keadaan. Kawal juga kandungan gula dalam makanan anda. Jika kesakitan payudara (mastalgia) berterusan, anda mungkin akan diberi ubat mengurangkan cecair di dalam badan (Diuretic) atau ubat penahan sakit.

'Rawatan' tersebut di atas hanya dapat mengurangkan rasa sakit untuk sementara waktu. Apabila kesakitan payudara menjadi lebih kuat sehingga menyekat aktiviti fizikal anda (berlari, menari atau senaman lain), rawatan yang lebih khusus mungkin diperlukan. Rawatan ini termasuklah memakan ubat yang telah biasa digunakan untuk memberi kesan jangka panjang menghilangkan rasa sakit pada keadaan kelainan ini. Ubat ini akan mengurangkan pengeluaran hormon di mana ia akan memberi peluang payudara anda berehat.

25 comments:

Firdaus said...

kebanyakkan wanita masih belum tahu bagaimana nak mengesan kanser payudara...
bagaimana ianya terjadi...
bagaimanakah bentuk asal payudara?
dan banyak lagi.....

shahril said...

salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

Anonymous said...

salam saya ingin tanya.....anak saya berumur 13 tahun..tapi ada ketulan di bahagian payu daranya....adakah itu di kira barah buah dada
?

Ayah said...

ketulan di bahagian payu dara anak puan tidak blh di ketahui sehingga puan mbuat pemeriksaan doktor.mmandangkan anak puan masih muda tidak perlu mbuat mamogram .

Anonymous said...

Sy rsau jg sbb sy baru 17 thn tp payudara saya kerap sakit. .sy rsau kalo tu simptom kanser. .nasib baik cuma kelainan aje. .tp sy ttap kene jmpa doktor jgak ke ?

Anonymous said...

Farmasi ade jual ta ? Selalunya kene carik kat mane ?

Anonymous said...

Salam... Saya umur 13 tahun . Semenjak-semenjak ni, payudara saya sering sakit . Kdg-kdg skit di tepi, di atas, dan di bawah . Bila saya tekan di tempat yg sakit itu pasti sy akn rasa sakit walhal sy tekan pelahan saja . Tapi bila sy periksa, tak ada pulak rasa biji2 . Adakah itu tanda2 awal mghidap kanser payudara atau proses tumbesaran payudara pda usia muda? Bole berikan jwapannya?

Anonymous said...

filleassalamualaikum..
ni nk tanya ..
umur anak saya 19 tahun dan die pernah bg tahu saya yg payudara die kdg2 rase sakit..dan skrg bahagian bwh ketiak rase sakit sikit..ade mcm ktul kecik je..
tu tanda2 kanser ke?
ade x risiko umur mcm ni kene kanser payudara?
atau tu perubahan hormon?

Anonymous said...

asalammualaikum...saya nak tnye ..knpe kalau saya tekan atau picit payudara saya rasa sakit sgt..kdg2 sakit sendiri tanpa disentuh...ini baru pertama kali...

Anonymous said...

jika ketulan cecair itu tidak dibuang,adakah ia membahayakn?

Unknown said...

Sye nak tayelah...ada satu ketulan di sebelah payudara kanan....tapi bila ditekan ketulan itu tidak sakit pun..tp Sekarang ketulan itu dh pecah Dan bernanah macam bisul..adakah itu do kategorikan sebagai kanser?

Unknown said...

Sye nak tayelah...ada satu ketulan di sebelah payudara kanan....tapi bila ditekan ketulan itu tidak sakit pun..tp Sekarang ketulan itu dh pecah Dan bernanah macam bisul..adakah itu do kategorikan sebagai kanser?

zainab said...

Assalamualaikum, saya menjual makanan kesihatan yang mengandungi B17 iaitu, biji buah aprikot yang merupakan anti kanser. Biji buah aprikot ini telah diadun dengan makanan-makanan sunnah seperti madu, kurma, kismis, habbatus sauda, garam bukit, buah tinn, manna, safron, kologen, rumpai laut,dan buah delima. Produk ini bernama B Elegance B17. Boleh hubungi saya jika berminat untuk membelinya 0125496019.

Zan said...

Saya mahu bertanya mengenai masalah payudara saya terasa sakit...skrg saya masih di dalam tempoh berpantang n menyusukan bayi...tetapi sakit yg saya alami ini bukanlah kerana bengkak susu...payudara kanan saya terasa sakit dibahagian antara dua payudara...apabila ditekan sakit semakin terasa...adakah ianya simptom kanser payudara...

Zan said...

Saya mahu bertanya mengenai masalah payudara saya terasa sakit...skrg saya masih di dalam tempoh berpantang n menyusukan bayi...tetapi sakit yg saya alami ini bukanlah kerana bengkak susu...payudara kanan saya terasa sakit dibahagian antara dua payudara...apabila ditekan sakit semakin terasa...adakah ianya simptom kanser payudara...

Anonymous said...

Salam. Nak tanya. Umur sy 23. Kadang2 sy ada rasa sakit di bahagian atas ketiak saja. Slalunya belah kanan. Tapi takde pulak benjolan. Memang ada sakit kat payudara tapi cuma waktu nak datang haid dan semasa haid. Apa tandanya eh? Boleh tolong beri pnjelasan? Terima kasih.

suraya said...

salam..nak taye ni..risau pun ada..anak saya 6thn mengadu breast sblah kiri terasa sakit..adakah simptom tu kanser??bla ditekan sakit..kadang time dia ddk mgadu sakit breast sblah kiri tu..sblah kanan ok je..

mohammad mar said...

salam,

tips bagaimana nak elakkan risiko penyakit kanser.

1. jaga pemakanan
- jangan campurkan makanan darat dan laut dalam satu hidangan kerana bila kita makan makanan bercampur akan menghasilkan tindak balas kimia bila masuk ke dalam perut kita.

2. banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
3. makan buah sebelum makan makanan berat seperti nasi dan sebagainya
3. kurangkan minum minuman bergas tapi banyakkan minum air putih.
4. kurangkan makanan berlemak dan berminyak

'jangan pilih makanan yang sedap tapi pilihlah makanan berkhasiat'

semoga bermanfaat

Unknown said...

Hai salam sejahtera.

Harap pertanyaan saya ini dapat di jawab dengan segera.
Saya berasa risau dengan anak sulung saya berusia 11 tahun dan dia seorang lelaki.
Tahun ini payudara anak sy mempunyai bengkak kecil di putingnya. Kedua kedua puting terdapat benjolan kecil dan dia mengadu sakit jika dipicit. Dan sy ada membawanya ke hospital kerajaan. Tetapi doktor kata ia normal dan memberikan dia ubat untuk dimakan berbentuk pil. Dan doktor ada berkata jika benjol kecil itu membesar mungkin perlu dibedah. Dan sekarang benjolan itu seperti membengkak lebih besar dr sebelumnya. Sy sgt risau. Bila sy tekan dia mengadu sakit. Apa perlu sy lakukan. Tolong saya.

Anonymous said...

hi saya nak tanya. saya baru lingkungan 20. sejak minggu lepas daya rasa macam ada ketulan di sebelah kiri payudara bila ditekan sakit. adakah ia simptom kanser?

Anonymous said...

Ibu saya berumur 65 tahun dan sudah lama monopaus. Baru2 ni dia mendapati ada ketulan keras besar biji guli di bawah payudara kanan nye. Bila dipicit baru terasa sakit. Adakah itu tanda2 kanser payudara. Mohon penjelasan. ��

TTB said...

B17 ala... Aku pon tau la, b17 tu dlm isi ayam, ikan pon ade, ni mesti ko tak tengok halal bio dulu ade tayang kat astro oasis.. tak susah pon nk dpt vitamin b17 tu, dari sumber² makanan yg biasa kite makan je pon da bleh dpt, lg.. drp betik, ayam, tomato, ikan, sayur², buah, dont worry lah!

Unknown said...

Skrg sya dh 2 hri brturut pegi hospital utk sedut buang nanah,asalnye mula2 rasa pedih mcm kena sengat bhgian bwah puting,sya try picit tp xde pape,next dlm msa sminggu sya perasan ada ketulan sbesar 3x3cm sbb sya pegi cek doktor klinik,doctor suruh refer hospital,ddpt pulak appoinment lg 2 mggu..terasa lmbat n sya pegi hospiyal lain tp doktor just bg ubat antibiotik,demam/sakit,tahan sakit n bengkak..3 4 hri lepas makan ubat tu terasa lg sakit dan rasa mcm dh brnanah dan makin besar..sminggu sbelum trikh appoinment sya pegi wad kecemasan sbb sakit sgt,doktor cek bengkak mmg mkin besar dlm 6x7cm,doktor trus amuk jarum cucuk buang nanah,sya kena berulang hospital 3 4 hri n klu masih x ok jgak bru operation...dan doktor syak mastitis..jd sya nk tau smada mastitis tu boleh jd dkat org lain yg x mnyusu baby jgak ke?apa punca mastitis?

Haniza said...

Salam Puan Maziah, boleh saya tanye Puan rujuk dihospital mane, saya jugak mengalami sakit yang serupa, cgm.. dah oprate tapi sakit tetap berulang.. tidak jugak menyusu kan anak mase baby

Unknown said...

Salam puan boleh thu penyakit apa ni.ade butir naik kat tepi payudara isteri sy.lbih krang mcm butir kcang gitu.cancer ke apa tu puan