Minuman Berkarbonat Jejaskan Kesihatan

Minuman berkarbonat memang popular dalam kalangan masyarakat. Tidak kira musim, minuman menjadi hidangan terutamanya apabila berkunjung ke premis makanan segera. Datang dengan pelbagai jenama minuman berkarbonat menjadi hidangan apatah lagi pada musim perayaan.

Biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat adalah sama banyak gula.

Selalunya soal kesihatan dan aspek pemakanan sering dipinggirkan seketika pada musim perayaan. Walaupun tahu minuman berkarbonat tinggi kandungan gulanya, kebanyakan kita menghidangkannya kepada keluarga mahupun tetamu tanpa rasa bersalah.

Tarikan iklan yang menceritakan 'keasyikan' menikmati minuman ringan dan berkarbonat memang sukar dilawan.

Malah, lebih membimbangkan, minuman berkarbonat juga menjadi antara daya penarik utama di kantin sekolah, termasuk sekolah rendah.

Sedar atau tidak, kanak-kanak akan menjadi mangsa kerana kealpaan kita. Kanak-kanak antara golongan paling suka minum minuman berkarbonat hingga kadangkala ada yang langsung menolak apabila diberikan air kosong. Jika minum pun hanya seteguk dua, itupun selepas dipaksa.

Kajian mendapati, pengambilan minuman ringan dan berkarbonat yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan, terutama berlebihan berat badan dan obesiti.

Minuman berkarbonat sebenarnya tidak mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Banyak bukti saintifik menunjukkan ia ada kaitan langsung dengan pertambahan berat badan.

Masalah pertambahan berat badan ini menjadi satu faktor risiko kepada penyakit kencing manis di kalangan orang dewasa muda. Pertambahan berat badan ini adalah proses yang sentiasa berlaku sebagaimana peningkatan usia. Gabungan dua faktor ini juga mendedahkan seseorang kepada risiko serangan jantung dan strok.

Obesiti membimbangkan

Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak kini mencecah tahap membimbangkan. Kanak-kanak yang minum satu tin minuman berkarbonat (325 mililiter) setiap hari mempunyai lebih kurang 10 peratus tenaga berbanding kanak-kanak lain. Tenaga ini (yang datang daripada gula), jika tidak digunakan, akan disimpan dalam badan sebagai lemak.

Kajian yang disiarkan dalam jurnal General Dentistry mendapati, tabiat minum minuman berkarbonat boleh meningkatkan masalah kerosakan dan pereputan gigi.

Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Ho Shiau Fen, mengakui hakikat ini.

Bukan gula saja yang menjadi faktor menyebabkan kerosakan gigi, tetapi kandungan asid dalam minuman berkarbonat boleh melemah serta mengikis lapisan enamel (lapisan luar) pada gigi. Ini mempercepatkan proses pereputan gigi.

"Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula tidak boleh melebihi 10 peratus daripada keperluan kalori seseorang. Sebagai contohnya, jika keperluan kalori seseorang itu adalah 2000 kalori, jumlah gula yang boleh diambil adalah kurang daripada 200 kalori, iaitu kira-kira 10 sudu teh gula.

Jumlah ini termasuk gula tersembunyi. Ini adalah jumlah yang diperoleh daripada setiap makanan kita, sama ada dalam teh, kopi atau makanan yang bergula ketika bersarapan, makanan sarapan, makanan tengah hari, sajian minum petang dan makan malam.

"Satu tin minuman berkarbonat mengandungi antara enam hingga 10 sudu teh gula. Ini bermakna, jika kita minum satu tin minuman berkarbonat, kita sudah mencapai sukatan gula daripada yang disarankan.

"Masalah pengambilan gula yang terlalu banyak biasa berlaku pada musim perayaan. Boleh dikatakan setiap rumah menghidangkan minuman berkarbonat. Itu belum mengambil kira kandungan gula dalam kek, biskut atau hidangan lain," katanya.

Ramai orang menganggap tidak mengapa untuk minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan 'mencairkan' kepekatan minuman berkarbonat.

Hakikatnya, anggapan ini salah dan perlu diperbetulkan segera. Tidak kira berapa banyak air kosong diminum, kandungan gula daripada minuman berkarbonat yang masuk ke dalam badan tetap sama. Tetap melebihi tahap keperluan harian kita. Masalah ini bertambah buruk dengan pengambilan makanan manis seperti kek dan biskut hari raya.

Untuk mengurangkan kuantiti gula diambil, kurangkan pengambilan minuman berkarbonat adalah cara paling praktikal.

Ini boleh dibancuh atau dicampur dengan air kosong dan dikongsi minum beramai-ramai. Bagaimanapun, jika air dibancuh dihabiskan sendirian, kandungan gula yang masuk ke badan tetap sama, iaitu antara enam hingga 10 sudu teh.

Di kalangan kanak-kanak pula, terlalu banyak minum minuman berkarbonat menyebabkan mereka kurang minum air kosong atau minuman berkhasiat seperti susu. Selain gula, kebanyakan minuman kola memasukkan kafein sebagai penambah rasa. Kafein adalah 'bahan perangsang' yang membuatkan kita ketagih untuk minum lebih banyak dan kerap.

Banyak kajian mendapati, kafein meningkatkan pengeluaran kalsium daripada tulang, menyebabkan kita terdedah kepada masalah reput tulang atau osteoporosis jika diambil dalam jangka masa panjang.

Justeru, jika dapat, pada musim perayaan ini elak mengambil terlalu banyak minuman berkarbonat, sebaliknya gantikan dengan pilihan lain seperti teh atau jus buah-buahan.

Malangnya, budaya orang kita yang menerima saja minuman dihidang tuan rumah boleh memburukkan keadaan, terutama di kalangan pesakit kencing manis.

Dalam hal ini, Ho menyarankan pesakit berterus terang dengan tuan rumah atau meminta minuman lain (pilihan terbaik adalah air kosong) sebagai pengganti. Malah, sebagai tuan rumah juga, kita mesti prihatin keadaan kesihatan tetamu.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak mengenai keburukan meminum terlalu banyak minuman berkarbonat.

Pada masa sama, mereka juga mesti menjadi teladan kepada anak dengan mengamalkan minum banyak air kosong.

16 comments:

awalherba said...

Artikel yang berguna..thanks

hafiz said...

Terima kasih untuk artikel yg cukup baik.

Minuman bergas, kueh-mueh, roti canai, teh tarik..semuanya cukup sukar untuk dibuang dari hidup seharian dari kita.

Kita perlu lebih serius untuk hidup lebih sihat.

TZY said...

ya....minuman gas boleh bg perut buncit...elakkan minum coke kerana kesannya lg buruk...

PELEKAT PENYERAP TOKSIN said...

bagusnya amalkan minuman jus buah-buahan yg asli. kalau boleh waktu sarapan pagi jadikan ianya amalan

madchong said...

Salam sahabat,
saya ada berita gembira untuk anda yang mungkin mempunyai masalah kesihatan seperti stroke, jantung, darah tinggi, kencing manis, gout dan lain-lain. apa kata jika anda mencuba kaedah rawatan Terapi Medan Elektrik. Rawatan yang menggunakan teknologi elektrostatik. Dan kepada anda yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan sepeti diatas. kaedah rawatan terapi elektrik ini sangat membantu untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan mereka.
Untuk makluman lanjut sila layari www.terapielektrik.blogspot.com

Ronald said...

Saya setuju dengan artikel anda

amrirazali said...

minuman manis-manis perlu 'di kurangkan' bkn di tinggalkan terus hehe..badan kita pun kena ada gula juga.

Abdullah Idris said...

Antara kandungan lain yang ditambah dalam minuman berkarbonat ialah ibu gula (Saccharine) yang banyak digunakan dalam industri makanan dan minuman termasuklah pembuatan jeruk buah-buahan juga boleh menjadi agen barah jika diambil dalam satu jangkamasa.

Ibu Gula (Saccharine) telah diharam penggunaannya oleh hampir semua negara termasuk Malaysia kerana kesan buruknya terhadap kesihatan tubuh badan manusia.

Unknown said...

amalan minuman tidak sihat perlu ditukarkan kepada minuman yang lebih sihat dan enak dikalangan kanak-kanak mahupun dewasa.Perlu pandai memilih produk-produk di pasaran sekarang.
www.vemillionclub.biz/shahrin or www.shahrin.vemma.com

slimdiet2 said...

info yang menarik.saya juga tak mengamalkan minum air bergas.alhamdulillah boleh controll lagi.

Sun Fabulous said...

Salam,

Ibadah Puasa semakin tiba! Kadang kala kulit dan bibir kita kering dan badan menjadi lemah!

TIDAK PERLU RISAU!

Dengan adanya CollaB'utee, anda akan kekal bertenaga dan kulit menjadi lembap.

Kebaikan CollaB'utee:
1. Memulihkan keanjalan dan keremajaan kulit
2. Menghilangkan garis halus dan kedutan
3. Membaikpulih sel kulit
4. Menegang dan menggebukan kulit
5. Mengurangkan pigmentasi
6. Mencerahkan kulit
7. Menambahkan kelembapan kulit
8. Melindungi kulit daripada radiasi UV yang berbahaya
9. Menegangkan payudara
10. Mengandungi oksidan yang meneutralkan serangan radikal bebas dan memelihara kulit dari dalam
11. Merangsang pertumbuhan kolagen
12. Menghalang oksidasi sel

HEBAT kan?

Cara pemakanan:
1) 1 sachet sebelum/selepas sarapan / sahur
2) 1 sachet ketika berbuka atau sebelum tidur!

Kulit tidak kering dan kusam!
CANTIK, HANDSOME, MANTAP pada hari Raya Nanti!

Layari www.MalaysiaCantik.com atau telefon 03-7725 4125 sekarang!

Promosi hampir SETENGAH HARGA kepada sesiapa membeli online*!

Fatimah Shuhada said...

Betul, dengan lifestyle sekarang ramai orang sangat gemar minum minuman berkabonat. Saya pernah dimaklumkan bahawa kadar gula dalam minuman berkarbonat 7X gsnda dari minuman biasa. Sejak itu saya berazam untuk tidak lagi mengambil makanan berkarbonat. Apa kata anda?

Marlina kamal said...

Good info.. I like it... Minuman Berkarbonat memang sedap kalau kita minum tapi masa muda memang nampak ok jer... tapi apabila meningkat dewasa .. makin hari makin anda akan mendapat penyakit dari masa ke semasa....

Farina said...

minuman bekarbonat ni memang sedap. but, kita perlu kawal untuk minum air bekarbonat ini, jangan minum selalu sebab ia mengandungi kandungan gula yang tinngi. banyakkan minum air masak agar ia dapat meneutralkan asid dalam tubuh kita dan melancarkan pengaliran darah dalam tubuh.

Airlines@123 said...

Hawaiian Airlines Booking Thanks for the nice blog. It was very useful for me. I’m happy I found this blog. Thank you for sharing with us,I too always learn something new from your post.

Delta Airlines Cheap Tickets said...

Book cheap flight reservation

Spirit Airlines cheap tickets
Book cheap flight ticket
Air Canada flight booking
Air Canada flights reservation
Book cheapest flight tickets
cheap last-minute flights