Jadi Aktif

Mencari masa dalam hidup yang terlampau sibuk untuk bersenam adalah satu cabaran bagi semua rakyat Malaysia yang memang sibuk. Ini benar terutama bagi mereka yang juga adalah ibu bapa atau bekerja sepenuh masa atau kedua-duanya. Tetapi manfaat bersenam adalah jauh lebih besar dari nilai mengorbankan masa bekerja itu. Dan bagi sesiapa yang telah berjaya menguruskan masa untuk berbuat demikian akan memberitahu anda betapa gembiranya mereka untuk mendapati masa tersebut. Mereka akan memberitahu anda betapa lebih bertenaganya mereka, dan bagaimana mereka boleh melakukan sesuatu kerja dengan lebih lagi berbanding sebelum mereka mula bersenam secara selalu. Jadi tiada lagi alasan untuk anda! Buatlah satu tindakan aktif dalam menentukan masa depan anda. Anda berhak memberi diri anda hadiah untuk hidup dengan baik dengan kesihatan baik.

Mengapa Menjadi Aktif Begitu Penting?

Fakta-faktanya jelas: Dengan bersenam sesedikit 30 minit setiap hari anda boleh mengurangkan risiko anda untuk penyakit jantung. Tanpa aktiviti fizikal tetap, badan perlahan-lahan kehilangan kekuatan dan keupayaannya untuk berfungsi dengan baik. Aktiviti fizikal = kehidupan lebih sihat lebih lama.

Aktiviti fizikal secara tetap membantu: Menurunkan tekanan darah, meningkatkan kolesterol “baik” HDL dalam darah anda, mengawal gula dalam darah dengan memperbaik bagaimana badan anda menggunakan insulin, mengurangkan perasaan tekanan atau stres, mengawal berat badan dan membuat anda rasa suka tentang diri anda.

Garis Panduan Ringkas

Pakar-pakar kesihatan mencadangkan sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu senaman sederhana atau 75 minit setiap minggu senaman berat. Atau satu campuran sederhana dan berat. Aktiviti fizikal adalah apa saja yang membuat anda menggerakkan badan anda dan membakar kalori, seperti menaiki tangga atau bersukan. Senaman-senaman aerobik seperti berjalan, berjoging, berenang atau berbasikal memanfaatkan jantung anda. Senaman kekuatan dan senaman regangan adalah terbaik untuk stamina dan kelenturan menyeluruh anda.

Untuk meningkatkan aktiviti fizikal dalam gaya hidup anda, anda boleh cuba:

  • Meletak kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju
  • Berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan berjalan kaki sepanjang hari bekerja di sekitar tempat kerja
  • Bermain dengan teman-teman dan keluarga anda.
Paling mudah, perubahan positif yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kesihatan jantung anda dengan berkesan ialah dengan mula berjalan. Ia menyeronokkan, percuma, mudah, dapat bertemu mata dengan orang, dan juga satu senaman yang hebat!

6 comments:

TanyaLelaki said...

Memang betul, kesihatan amat perlu. Badan sihat otak cergas.. hehe, ayat yang biasa kita dengar.

Tq for sharing

Brahem said...

Aktiviti fizikal ni penting untuk kekalkan atau pulihkan kesihatan, tapi kena sesuailah dengan umur dan tahap kesihatan semasa. Baguslah cadangan tu, mulakan dengan senaman berjalan. Tak bolehlah nak terus buat senaman berat. Ramai pakar kesihatan bersetuju bahawa berjalan pantas/laju adalah antara senaman terbaik.

susu sleep time - kepuasan tidur said...

tip amat berguna bertepatan dengan apa yang saya cari untuk koleksi.......terima kasih

Daud Mohamad said...

Panduan dan tips yang baik untuk dikongsikan bersama.

Terima kasih :)

BM said...

Bersenam...memang senang disebut tapi selalunya sudah nak dilakukan... terutama bila badan terasa sihat tapi bila dah terpaksa barulah nak buat. Namun selalunya dah terlambat.

Farina Al-Khareid said...

bersenam ni ada banyak cara. atas kita untuk buat senaman ni. luangkan masa sedikit untuk bersenam. but, jangan terlalu dan terlebih bersenam pula, badan kita perlukan reht yang ckup.banyak supplement yang dapat memberi tenaga kepada kita. bersenam la 30 minit sehari. shaklee dapat memberi tenaga kepada anda.