Kanser Sedang Meningkat di Negara-negara Membangun

Sebagai menandakan Hari Kanser Sedunia, Persatuan Kanser Amerika telah mengeluarkan satu laporan baru yang memberi amaran bahawa gaya hidup yang berhubungkait dengan pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun sedang menyebabkan peningkatan berlakunya kanser di seluruh dunia.

Malahan, kebanyakan dari kes-kes dan kematian baru kanser di dunia (7.1 juta dan 4.8 juta, masing-masing) adalah berlaku di negara-negara yang sedang membangun ekonominya, mengikut pengarang laporan tersebut. Ini, mengikut mereka, menggambarkan peningkatan penerimaan perlakuan yang tidak sihat – seperti merokok, gaya hidup yang tidak aktif dan amalan pemakanan yang tidak baik – yang lazimnya mengiringi pembangunan ekonomi.

Laporan tersebut, "Fakta & Bilangan Kanser Global (Global Cancer Facts & Figures)", menyatakan kanser paru-paru, payu dara dan kolorektal adalah menyumbang kepada peningkatan ini.

Daripada itu, kira-kira satu pertiga dari jumlah kematian kanser yang telah berlaku di seluruh dunia pada tahun 2008 (bersamaan dengan lebih kurang 7 300 kematian sehari) mungkin boleh dielak dengan memberi fokus terhadap faktor risiko yang boleh dielak seperti merokok, minuman keras, corak jangkitan dan tabiat pemakanan, kata ketua pegawai perubatan Persatuan Kanser Amerika Dr. Otis W. Brawley dalam satu editorial bersama dengan laporan tersebut.

"Penerapan pengetahuan kawalan kanser sedunia mengikut kemampuan dan pembangunan negara atau kawasan boleh menjurus kepada pencegahan lebih lagi kematian kanser dalam dua tiga dekad akan datang" katanya dalam siaran dari persatuan itu.

"Untuk mencapai itu, bagaimanapun, agensi-agensi kesihatan awam nasional dan antarabangsa, pihak kerajaan, para dermawan, dan sektor swasta perlu memainkan peranan utama dalam pembangunan dan penerapan program kawalan kanser nasional atau antarabangsa di seluruh dunia" tambah beliau.

Analisis penuh Persatuan Kanser Amerika dijadualkan untuk diterbitkan, bersama dengan rencana pengarang Brawley, dalam CA: A Cancer Journal for Clinicians edisi 4 Febuari.

Pengarang laporan tersebut menyatakan walaupun bilangan penyakit global 2008 (12.7 juta kes-kes kanser baru dan 7.6 juta kematian-kematian kanser), bilangan itu dijangka akan hampir berganda menjelang 2030 apabila penduduk dunia bertambah dan meningkat tua.

Di negara maju, sebagaimana pada 2008, kanser prostat, paru-paru dan kolorektal adalah paling boleh dielakkan dalam golongan lelaki, manakala kanser payudara, kolorektal dan paru-paru adalah yang paling biasa dalam kalangan wanita.

Sebaliknya, di negara membangun, risiko terbesar untuk lelaki adalah kanser paru-paru, perut dan hati, dan kanser payudara, paru-paru dan servikal adalah ancaman kanser utama bagi wanita.

2 comments:

shahril said...

salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

Ahmad said...

Makanan berfungsi atau minuman berfungsi ditakrifkan sebagai komponen makanan atau minuman yang menggalakkan kesihatan yang baik dan memberikan kebaikan kesihatan yang lebih dari sekadar nutrisi asas. Komponen ini memenuhi lebih daripada keperluan nutrisi harian yang diperlukan oleh individu. Ia diketahui dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit.
B'young formulasi dapat membantu mengurangkan kolestrol, mencegah daripada terkena penyakit kritikal seperti darah tinggi, kencing manis, strok, sakit jantung, resdung, migrain, asma, fibroid, gout, eczema, buasir, sembelit, kanser dan membantu pemulihan selepas bersalin.

https://the7green.com/perniagaan/byoung-advanced-functional-beverage/