Migrain Bukan Sakit Kepala

Seorang wanita sedang mengalami migrain.Migrain, berbanding dengan sakit kepala, boleh menyebabkan kesakitan yang melemahkan tubuh bagi ramai orang yang menghidapnya, yang boleh berlarutan selama berjam-jam dan adakalanya berhari-hari. Sakit kepala, sebaliknya, tidaklah sebagaimana teruk atau kroniknya migrain, tetapi ia juga tidak selesa sebagaimana migrain.

Menurut Yayasan Penyelidikan Migrain (Migraine Research Foundation), migrain boleh diiringi oleh beberapa gejala lain termasuk: gangguan penglihatan, rasa loya, muntah, pening, menjadi sangat sensitif pada bunyi, cahaya, sentuhan dan bau, dan rasa menyengat atau kebas pada bahagian muka.

Yayasan itu juga menerangkan bahawa migrain adalah dianggap sebagai satu sindrom dan menggambarkannya sebagai “satu koleksi gejala-gejala yang timbul dari satu punca biasa [dan] diklasifikasikan mengikut kumpulan gejala-gejalanya. Oleh kerana gejala-gejalanya adalah sangat berbeza, migrain sering tersalah didiagnos.”

Malangnya, tiada penawar untuknya pada masa kini. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan dan rawatan yang boleh membantu untuk mengurangkan beberapa kesakitan dan gejala-gejalanya ada boleh didapati. Berundinglah dengan doktor anda jika anda menghidap migrain membantu menentukan rawatan yang terbaik.

4 comments:

Shahiran said...

Banyak lagi yang tiada ubat rupanya. Diabetes pun masih tiada ubat. Ubat-ubat yang ada cuma dalam pengawalan tahap kesihatan berdasarkan pengawalan punca simptom.

Wan said...

Dulu isteri saya selalu migrain. Bila dia kena serangan tersebut kami turut susah. Tak boleh bising, tak boleh buka TV dan sebagainya.

Doktor kata tiada ubat yang boleh menghilangkan migrain. Doktor ada bagi ubat untuk mengurangkan rasa sakit bila kena serangan.

Alhamdulillah, kini sudah lebih 5 tahun beliau tidak mendapat serangan migrain.

Unknown said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

Harga serendah RM1.50/pcs.

Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

Unknown said...

Mgrain bleh dikurangkan dgn pngmbilan ostematrix n bcomplex shaklee.suplemen semulajadi lbh bgs dr ubatan yg mngndungi bhn kimia.

www.facebook.com/amypeja