Glosari 1

Katarak - penyakit kanta mata yang sepatutnya jernih dan lutsinar menjadi gelap dan mengganggu penglihatan.

Kongenital - suatu sifat atau keadaan yang muncul sejak lahir, mungkin berpunca daripada faktor genetik atau faktor lain.

Amblyopia - keadaan mata malas, penglihatan mata pesakit tidak jelas sedangkan struktur fizikal mata kelihatan normal.

Retina - lapisan sel peka cahaya di bahagian belakang bebola mata yang menangkap imej yang dilihat untuk diproses oleh otak.

Hipoglisemia - kandungan gula (glukosa) dalam darah yang rendah daripada normal.

Hyperglysemia - kandungan gula dalam darah yang tinggi daripada normal.

Hypokalsemia - kandungan kalsium dalam darah yang rendah daripada normal.

Galaktosemia - masalah metabolik genetik yang jarang ditemui, menyebabkan penghidap tidak dapat menggunakan gula jenis galaktosa.

Sindrom Down - masalah kromosom yang juga dikenali sebagai Trisomy 21 iaitu kehadiran tiga kromosom ke-21 yang menyebabkan pelbagai jenis masalah tumbesaran dan masalah kognitif. Risiko penyakit ini meningkat dengan usia ibu ketika mengandung.

Sindrom Edward - masalah kromosom yang juga dikenali sebagai Trisomy 18 iaitu kehadiran tiga kromosom ke-18 yang menyebabkan beberapa masalah kesihatan. Jangka hayat pesakit juga amat rendah dengan hanya 5 hingga 10 peratus penghidap penyakit ini hidup selepas satu tahun dilahirkan.

Sindrom Patau - masalah kromosom yang juga dikenali sebagai Trisomy 13 iaitu kehadiran tiga kromosom ke-13 yang mengganggu pertumbuhan pesakit dan merendahkan jangka hayat pesakit. Risiko penyakit ini meningkat dengan usia ibu ketika mengandung.

0 comments: