SMART - Pengurusan Baru Asma

Prof. Liam Chong-Kim.
Presiden Pertubuhan Torasik Malaysia.


Batuk. Berdehit. Dada berasa ketat. Kesukaran bernafas. Ini merupakan beberapa gejala yang sering dijelaskan oleh Puan Aminah (bukan nama sebenar) dan ramai lagi penghidap asma - kadangkala setiap hari akibat kawalan asma yang tidak baik.

Bagi Puan Aminah dan dua juta rakyat Malaysia yang menghidap asma, gejala-gejala ini telah menjadi kebiasaan serta cenderung meningkat sekiranya tidak dikawal dengan betul.

Asma adalah keadaan di mana terdapat keradangan kronik pada saluran pernafasan. Apabila terdedah pada sesetengah penyebab alahan, saluran pernafasan membengkak dan sempit, menyebabkan gejala asma.

Mereka yang menghidapi asma mengalami penderitaan pada kadar purata tiga hingga lima hari bagi setiap serangan akut di mana asma mereka tidak terkawal. Kenyataannya, lebih kurang 20 episod serangan asma dialami oleh setiap orang dewasa setiap tahun.

Ini mungkin kelihatan sedikit, namun serangan ini amat melesukan bagi seorang pesakit asma yang terpaksa ditahan di hospital dan menyebabkan aktiviti harian mereka terganggu.


Kenapa Serangan Ini Berlaku?

Keradangan serta kesempitan saluran pernafasan menyebabkan batuk, berdehit, dada berasa ketat serta pernafasan yang tersekat-sekat. Keradangan salur pemafasan adalah punca masalah ini. Malangnya, kebanyakan penghidap asma mengabaikan rawatan radang walaupun diarahkan oleh doktor.

Kebanyakan penghidap asma mengalami gejala-gejala tertentu sebelum serangan berlaku. Namun masalahnya, mereka terlampau bergantung kepada alat penyembur pelega berwarna biru, sehingga mengabaikan alat sedut pencegah. Penghidap asma perlu memahami bahawa kedua-dua ubat pencegah dan pelega diperlukan untuk kawalan asma yang betul.

Kedua—duanya mempunyai fungsi tersendiri dan tidak boleh ditukar ganti, dan inilah sebabnya kenapa ramai yang bergantung sepenuhnya kepada alat sedut pelega biru tidak melihat sebarang perubahan pada keadaan mereka.

Ubat pencegah merawat punca keradangan, dan patut digunakan setiap hari bagi tujuan pencegahan. Alat penyembur pelega berwarna biru hanya digunakan apabila perlu - selalunya apabila saluran pernafasan menjadi sempit untuk kelegaan cepat.

Adalah penting untuk mengingati bahawa alat penyembur biru tidak merawat keradangan, dan pergantungan melampau tidak akan membantu pengawalan asma.

Pengurusan asma yang betul memerlukan para penghidapnya menggunakan kedua-dua ubat kerana merawat keradangan adalah langkah perlu dalam mengawal asma agar serangan dapat dicegah.

Ramai pesakit gagal memahami kepentingan menggunakan kedua-dua ubat sebagai sebahagian pengurusan asma mereka. Ramai pesakit tidak dapat membezakan fungsi ubat yang berlainan warna, dan penggunaan pelbagai ubat mengelirukan sesetengah mereka.


Terapi dan Pelega dengan Satu Alat Sedut

Sekiranya punca masalah ada pada keradangan saluran pernafasan, maka penyelesaiannya adalah mencegah atau mengawal keradangan ini.

Kunci kepada pengurusan asma yang betul dan pencegahan serangan adalah memberikan rawatan awal serta secukupnya bagi punca keradangan salur pernafasan. Para pesakit asma perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan untuk mengetahui cara terbaik merawat asma mereka.

Tinjauan International Asthma Patient Insight Research (INSPIRE) mendapati para pesakit mahukan kelegaan segera dan terapi asma mereka; dan majoritinya memilih untuk bergantung kepada satu alat penyembur dan mengurangkan ubat-ubatan lain.

Pakar perubatan hari ini, menuruti panduan Global initiative for Asthma (GINA) dan akan merawat pesakit asma berdasarkan kawalan dan bukan tahap asma. Pendekatan terbaru kepada pengurusan asma dikenali sebagai Single inhaler Maintenance And Reliever Therapy — atau mudahnya SMART. SMART ialah terapi pencegah dan pelega dengan satu alat sedut.

Dengan SMART, pesakit asma hanya memerlukan satu alat sedut kerana ia memberi kedua-dua dos pencegah harian serta pelega sekiranya diperlukan. Alat sedut baru ini mudah dikenali oleh warnanya - alat sedut merah turbuhaler — yang membezakannya dan ubat yang kini digunakan. Keperluan bergantung kepada satu alat sedut sahaja bermakna para pesakit asma tidak lagi keliru seperti dahulu.

Penyelidikan klinikal yang terperinci telah dilakukan untuk pendekatan baru ini. Lebih dari 14 pesakit seluruh dunia, termasuk rakyat Malaysia telah mengambil bahagian dalam program pembangunan klinikal SMART.

Hasilnya menunjukkan bahawa SMART memberi kawalan asma menyeluruh yang lebih baik serta mengurangkan risiko serangan asma yang serius.


Bukan Tentang Perubatan Sahaja

Dengan pendekatan SMART, pesakit asma boleh mengharapkan kelegaan segera, kawalan asma yang lebih baik serta peningkatan kualiti hidup bagi jangka masa panjang. Akan tetapi, beberapa perubahan kecil mampu merubah pelbagai keadaan.

Para pesakit asma boleh mempraktikkan beberapa langkah mudah untuk membantu dalam kawalan asma mereka:

  • Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu - setelah mendapat diagnosis yang betul, barulah terapi pengurusan asma yang terbaik bagi seseorang pesakit dapat disyorkan.
  • Awasi gejala asma anda - kenali gejala asma anda dengan baik serta perhatikan reaksi tubuh anda. Bertindak segera untuk mengawal asma anda.
  • Kenali ubat-ubatan anda - patuhi nasihat doktor mengenai perubatan asma, dan bila anda perlu mengambilnya. Anda boleh memudahkan pengurusan asma anda dengan mengguna turbuhaler merah cara SMART dan bukan pelbagai alat sedut.
  • Jauhi faktor-faktor cetusan asma - asma adalah penyakit yang berubah-ubah; banyak faktor boleh mencetuskan serangan, oleh itu awasi punca serangan anda. Adakah ia asap rokok, habuk, pencemaran atau sesetengah jenis makanan?
Mesejnya, jangan biarkan asma mengawal anda. Sebaliknya, anda boleh mengawal asma anda!

3 comments:

Dr Akbar Abdullah said...


Satu artikel tentang penyakit dan rawatan lelah yang baik dan terperinci. Saya juga ingin berkongsi mengenai tips-tips yang boleh diamalkan untuk mencegah lelah selain daripada mengelak alergen seperti debu, abuk, asap, makanan sejuk dan sebagainya. Sila layari halaman web
http://healthmassa.com/asthma untuk mendapat tips terperinci.

Unknown said...

Dengan pengambilan Omega 3 yang terkandung di dalam Omegaguard Shaklee dapat menghilangkan penyakit asma.
Sesiapa yang ingin mencuba omegaguard ni boleh what's app atau SMS atau call di 016-7684878

BM said...

Pencipta smart ni memang sangat membantu kpd pengidap asma. Ciptaan terbaik dan bernilai!