Definisi
Abses gigi merupakan pengumpulan bahan-bahan yang dijangkiti (nanah) berpunca dari jangkitan bakteria di bahagian tengah (pulpa) gigi.
Penyebab, Kejadian dan Faktor Risiko
Abses gigi atau gigi bernanah sebenarnya adalah komplikasi kepada karies gigi. Ia juga boleh berlaku akibat trauma terhadap gigi (misalnya apabila gigi patah atau hancur). Enamel yang terbuka (berlubang) membenarkan kemasukan bakteria yang akan menjangkiti bahagian tengah (pulpa) gigi. Jangkitan boleh merebak dan akar gigi hingga ke tulang yang menyokong gigi.
Jangkitan menyebabkan berlakunya pengumpulan nanah (terdiri daripada tisu yang mati, bakteria yang telah mati atau masih hidup dan sel darah putih) dan pembengkakan tisu dalam gigi. Ini menyebabkan sakit gigi. Jika struktur akar gigi mati, sakit gigi mungkin hilang, tetapi jangkitan kekal aktif dan terus merebak dan memusnahkan tisu.
Gejala-gejala gigi bernanah
- Sakit gigi.
- Sakit gigi yang teruk dan berterusan
- Sakit yang berdenyut-denyut.
- Sakit ketika mengunyah.
- Gigi terasa sensitif kepada air sejuk atau panas.
- Rasa pahit di dalam mulut.
- Nafas berbau busuk.
- Mungkin demam.
- Kelenjar leher bengkak.
- Rasa tidak selesa, tidak sihat atau tidak tenang.
- Bahagian rahang bengkak (sangat serius).
- Gigi tercabut.
- Jangkitan merebak hingga ke tisu lembut (selulitis fasial, angina Ludwig).
- Jangkitan merebak ke tulang rahang (osteomielitis mandibel atau maksila).
- Jangkitan merebak ke bahagian badan yang lain menyebabkan abses serebrum, endokarditis, pneumonia atau gangguan gangguan lain.
- Untuk meredakan kesakitan, ambil ubat penahan sakit.
- Jangan meletakkan serbuk aspirin di atas gigi. Aspirin akan melecurkan gusi dan memusnahkan enamel gigi.
- Jangan minum minuman yang terlalu panas atau sejuk.
- Jangan mengunyah gula-gula getah.
- Elakkan makanan yang manis, pedas dan berempah. Diet dalam bentuk cecair mungkin perlu untuk 1 atau 2 hari sehingga kesakitan mulai hilang.
- Berkumur dengan air garam suam setiap satu jam.
- Berjumpalah doktor gigi walaupun sakit telah beransur-ansur reda.
Rawatan
Tujuan utama rawatan adalah untuk menyingkirkan jangkitan, mengekalkan gigi dan mencegah komplikasi. Antibiotik boleh diberi untuk melawan jangkitan.
Berkumur dengan air garam suam dapat melegakan kesakitan. Ubat analgesik yang diperolehi dari kedai mungkin dapat meredakan sakit gigi dan demam. Jangan meletakkan aspirin betul-betul di atas gigi atau gusi kerana ia akan menambahkan kerengsaan pada tisu dan boleh mengakibatkan ulser mulut.
Pembedahan akar gigi mungkin disyor untuk mengekalkan gigi. Bahagian gigi yang rosak akan ditanggalkan bersama-sama bahagian tengah gigi termasuklah tisu saraf dan vaskular. Manakala bahagian akar dan permukaan gigi dikekalkan. Rongga yang terbentuk di dalam teras akan diisikan dan dibaiki. Bahagian atas gigi kemudiannya akan disalutkan dengan bahan penampal. Eksisi (penyaliran melalui pembedahan) bahagian yang bernanah atau mencabut gigi yang rosak mungkin perlu dilakukan.
Berjumpalah doktor sekiranya....
Anda menghadapi satu atau lebih masalah berkaitan sakit gigi seperti yang disenaraikan di bawah ini:
- Sakit yang berdenyut-denyut atau berterusan.
- Demam.
- Sakit telinga.
- Leher atau rahang yang sakit bila disentuh atau kelenjar yang bengkak di bahagian gigi yang sakit.
- Merasa tidak sihat.
- Nafas berbau dan/atau rasa pahit di dalam mulut.
8 comments:
oh.. jadi gusi bernanah ni terjadi disebabkan gigi berlubang yang tidak dirawat? bagaimana selepas gigi yang berlubang itu dicabut dan tumbuhnya nanah di sekitar gusi tempat yang dicabut tadi? apakah rawatan yang perlu diambil?
adakah pembedahan gusi akan dilakukan?
hmm. doc. sy mengalami gusi bengkak yang serious, telah mendapatkan nasihat doktor pergigian di klinik berdekatan, tetapi beliau mengatakan bahawa saya ada kemungkinan hamil. adakah itu semua berkaitan dengan gusi bengkak? saya rasa itu semua nonsence. tolong berikan pandangan tentang perkara tersebut. terima kasih.
doc..bley x terangkan bahan-bahan rawatan pulpa and kegunaannya skali...tq
gigiku juga kropos nih, ada akar yang tertinggal. besok pengen ke dokter aja biar lebih aman..
Gusiku bernanah, giginya mmg pernah d tambal, dan tambalannya mungkin kemasukan bakteri.
Apa bisa di cabut saja? Karna biaya dokter+obat mahal. :(
Gusi bnanah tetapi gigi tdak blubang.. adakh ia pnyakit gingivatis dan apakh tindakan awal yg hrus dbt sblom ia mnjadi nanah yg besar?
As salam awak, saya nak tanya, mohon sgt awak dpt balas. Baru ni anak saya 6 tahun cabut gigi di klinik kerajaan kerana berlubang. Selepas x sampai dua hari, mcm ada nanah di dlm lubang gigi y dicabut. Saya jupe dr semula dan dr bgtahu gusi anak saya x sembuh dgn baik dan dr bg antibiotik. Namun nanah di dlm lubang masih ada pd hari ini iaitu gari ketiga makan antibiotik. Soalan, adakah normal utk lubang gusi bernanah setelah dicabut dan apakah puncanya? Kedua, wajibkah nanah di dalam lubang itu dicuci? Kerana saya tgk nanah di dlm lubang gusi masih ada dan seperti tidak berkurangan?
Salam..saya baru semalam membuat pembedahan kecil untuk mencabut gigi geraham saya..hari ini hari kedua saya melihat ada bintik2 kecil yang banyak berair di dalam mulut saya..ada kah itu normal? ataupun bermasaalah...
Post a Comment