Kenali dan Tangani Alahan Dengan Berkesan.

Alahan (dalam bahasa Inggerisnya = allergy) bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.

Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan.

Istilah 'allergy' telah dicipta oleh pakar kanak-kanak Vienna, Clemens von Pirquet dalam 1906 selepas membuat nota bahawa sesetengah pesakit-pesakitnya adalah hipersensitif untuk entiti-entiti yang biasanya tidak berbahaya seperti debu, debunga, atau makanan tertentu. Pirquet menamakan fenomena ini sebagai 'allergy', daripada kata-kata Yunani allos bermaksud "lain" dan ergon bermaksud "kerja".

Sejarah

Dari segi sejarah, semua bentuk hipersensitif (hypersensitivity) adalah diklasifikasikan sebagai alahan-alahan, dan segala pemikiran yang disebabkan oleh satu pengaktifan yang tidak wajar kelas antibodi yang bernama Immunoglobulin E (IgE) - Teruka dan Kimishige Ishizaka merupakan antara yang pertama untuk mengasingkan dan menghuraikan IgE dalam tahun 1960an.

Kemudian, ia menjadi jelas bahawa beberapa mekanisma penyakit lain telah dilibatkan, dengan hubungan biasa antara hypersensitivities berbeza-beza ini ada satu pengaktifan yang mengganggu sistem imun dalam satu cara atau selainnya. Suatu skima klasifikasi yang baru telah direka oleh P Gell dan R Coombs bagi mencerminkan apa yang kemudian diberi nama semula reaksi kehipersensitifan (hypersensitivities). Perkataan "alahan" adalah kemudian terhad untuk jenis I hypersensitivities, yang adalah disebabkan oleh mekanisme IgE yang klasik.


Penyebab

  • Tumbuh-tumbuhan.
  • Makanan.
  • Ubat-ubatan.
  • Debunga.
  • Sengatan lebah.
  • Gigitan.

Alahan Rhinitis (Alahan pernafasan)

Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara. Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk. Debunga yang dibawa oleh angin adalah kecil dan lebih kerap menyebabkan demam alahan. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara.

Tanda-tanda dan gejala
  • Penghasilan mukus (lendir).
  • Gatal-gatal di
    • Tekak
    • Hidung
    • Mulut
    • Mata
    • Kulit
  • Batuk.
  • Sakit kepala.
  • Hidung berair/Bersin.
  • Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).

Rawatan
  • Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik.
  • Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana.
  • Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung.

Pengurusan sendiri
Di bawah disenaraikan beberapa cara untuk mengurangkan pendedahan kepada debunga dan kulapuk:
  • Tutup tingkap pada waktu malam untuk menghalang debunga atau kulapuk daripada masuk ke dalam rumah. Jika boleh gunakan penyaman udara yang dapat membersih, menyejuk dan mengeringkan udara.
  • Pakai topeng/pelindung debu semasa memesin rumput, memungut daun-daun atau semasa membersihkan halaman dan makan ubat-ubatan tertentu sebelum melakukan aktiviti tersebut.
  • Jangan mengambil ubat melebihi dos dengan tujuan untuk mengurangkan gejala yang berlaku.
  • Jangan terlalu menyiram tumbuh-tumbuhan di dalam rumah jika anda alah terhadap kulapuk. Tanah yang lembap menggalakkan tumbesaran kulapuk.
  • Tutup tingkap kereta semasa dalam perjalanan.
  • Bercuti di kawasan yang bebas debunga seperti di tepi pantai atau laut.

Alahan terhadap makanan

Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan. Alahan terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan keadaan seperti:
  • Intolerans terhadap makanan.
  • Sindrom gangguan usus.
  • Tekanan fizikal.
  • Keracunan makanan.
Apabila alahan telah terjadi, anda harus mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan tersebut untuk mencegah ia dari melarat.

Gejala
  • Tekak terasa gatal.
  • Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).
  • Sakit perut.
  • Loya.
  • Muntah.
  • Kekejangan otot perut.
  • Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.
  • Gatal-gatal/urtikaria.
  • Angioedema pada kelopak mata dan bibir.
  • Penyumbatan rongga hidung/ hidung berair.
  • Sesak nafas/bunyi ronkus.

Rawatan

Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan reaksi alahan dari berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam masa yang singkat. Krim penyaman kulit boleh diguna untuk melegakan ruam. Gejala yang teruk memerlukan rawatan dengan mengguna kortikosteroids.

Pengurusan sendiri
  • Elakkan memakan makanan yang mendatangkan alahan kepada anda.
  • Bertanya atau pastikan terlebih dahulu kandungan/ramuan makanan untuk menjauhi bahan alergen yang tersembunyi di dalam makanan.
  • Membaca label makanan dan mengenali istilah saintifik dan teknikal mengenai makanan. (susu dikenali sebagai kasein, protein susu dan lain-lain).
  • Bersedia untuk rawatan kecemasan. Reaksi anafilaksis disebabkan alahan terhadap makanan berpotensi menyebabkan kematian.
  • Memakai gelang amaran perubatan yang menerangkan tentang alahan yang dihidapi.

Alahan terhadap ubat-ubatan

Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan sistem imun yang hipersensitif. Badan menjadi sensitif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun. Reaksi alahan boleh dibahagikan dari kesan sampingan yang merengsakan atau ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) kepada kesan yang boleh membawa kepada kematian seperti kejutan anafilaksis.

Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim di dalam kes alahan ini. Cara yang terbaik untuk mengelakkan alahan ialah mengelakkan dari mengguna ubat-ubatan ini.

Gejala
  • Gatal-gatal.
  • Ruam kulit.
  • Gatal-gatal pada kulit atau mata.
  • Bunyi ronkus.
  • Bibir membengkak.
  • Gejala-gejala anafilaksis termasuklah:
    • Penyumbatan rongga hidung.
    • Sukar bernafas.
    • Batuk.
    • Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku.
    • Pening.
    • Keliru.
    • Sakit/kekejangan otot abdomen.
    • Loya, muntah.
    • Cirit-birit.

Rawatan

Matlamat utama rawatan adalah untuk melegakan gejala. Penggunaan antihistamin ialah untuk melegakan gejala yang biasa (ruam, urtikaria, gatal-gatal). Kortikosteroids oral atau topikal (disapu di kawasan setempat di kulit) mungkin disyorkan juga.


Alahan Konjunktivitis

Alahan konjunktivitis yang bukan berjangkit merupakan reaksi terhadap bahan seperti debunga. Mata akan menjadi kemerahan dengan cepat diikuti dengan gatal-gatal dan keluar air mata.

Gejala
  • Mata merah.
  • Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera.
  • Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar.
  • Keluar air mata.
  • Kelopak mata bengkak/sembab.
Rawatan

Rawatan yang terbaik adalah mengelakkan pendedahan terhadap bahan alergen. Menuam dengan penuam sejuk di mata atau mengambil antihistamin dapat melegakan ketidakselesaan yang dirasai.

Pengurusan sendiri
  • Duduk di dalam rumah apabila bilangan debunga atau kelembapan dilaporkan lebih tinggi dari biasa atau ketika hari berangin.
  • Ambil ubat yang dicadangkan oleh pakar alahan mengikut dos yang disarankan.
  • Pastikan tingkap cermin ditutup ketika dalam perjalanan.
  • Elakkan dari menyentuh mata dengan tangan anda.
  • Hentikan penggunaan kosmetik untuk mata dan gantikan/nyahjangkit kanta lekap anda.
  • Tuam mata dengan penuam sejuk untuk melegakannya.

17 comments:

Anonymous said...

Mengamalkan pemakanan kesihatan seperti kolostrum Alpha Lipid Lifeline juga sangat membantu mengatasi masalah alergik. Isteri saya telah mengakuinya & menjadi asbab saya mengamalkan Alpha Lipid sebagai minuman kesihatan seisi keluarga. Sekadar ingin membantu...

Dr Akbar Abdullah said...


Petua yang menarik. Sengatan lebah dan haiwan berbisa memang boleh menyebabkan tindakbalas alahan dan anafilaksis iaitu tekanan darah menjadi rendah, sesak nafas, pening kepala, palpitasi dan koma. Oleh itu, bagi mereka yang disengat dengan banyak atau pernah mempunyai sejarah alahan seperti lelah, sebaik-baiknya dapatkan rawatan daripada doktor secepat mungkin.

Unknown said...

Ape prlu buat jika tgh mlm belaku.

Unknown said...

Adakah menggunakan ubat seperti panadol dapat menghilangkan atau melegakan gatal gatal @ alahan ?

Unknown said...

Adakah menggunakan ubat seperti panadol dapat menghilangkan atau melegakan gatal gatal @ alahan ?

Unknown said...

Tau tak makanan apa yang boleh di makan .anak saya semalam makan nasi belaukkan ikan kebong and air soya bila dia bangun dari tidur.. Muka dia bengkak, saya pelik adakah peyakit keturunan,boleh tak bagitahu carua mengatasinye

Unknown said...

Tau tak makanan apa yang boleh di makan .anak saya semalam makan nasi belaukkan ikan kebong and air soya bila dia bangun dari tidur.. Muka dia bengkak, saya pelik adakah peyakit keturunan,boleh tak bagitahu carua mengatasinye

rosmaini said...

Bibir saya bengkak dan gatal2 dalam kulit. Saya pergi klinik doc kata alahan. Saya x tau benda apa yg saya alah.

Mirul_ said...

Saya mengalami penyakit alergi makanan. Sudah 3x ambil injection dekat farmasi tapi masih lagi terasa gatal dan tak sembuh. Adakah cara lain untuk hilangkan alergi makanan selain daripada mengambil ubat-ubatan dari farmasi dan hospital? Mungkin dari segi tradisional?

ummi said...

Sy pernah d gihit tempiras.. Serangga kecil yg gatal. Dah 2bln berlalu tp rasa,gatal masih ada d temoat gigitan. Sy sedari slos itu sy sering ada allergic gatsl n membdngksk secars tiba2. Apa perlu dy buat. Tk

Anonymous said...

As salam awak, saya nak tanya, mohon sgt awak dpt balas. Baru ni anak saya 6 tahun cabut gigi di klinik kerajaan kerana berlubang. Selepas x sampai dua hari, mcm ada nanah di dlm lubang gigi y dicabut. Saya jupe dr semula dan dr bgtahu gusi anak saya x sembuh dgn baik dan dr bg antibiotik. Namun nanah di dlm lubang masih ada pd hari ini iaitu gari ketiga makan antibiotik. Soalan, adakah normal utk lubang gusi bernanah setelah dicabut dan apakah puncanya? Kedua, wajibkah nanah di dalam lubang itu dicuci? Kerana saya tgk nanah di dlm lubang gusi masih ada dan seperti tidak berkurangan? Terima kasih.

JustStart said...

1. Alahan atau alergi boleh berpunca dari pelbagai sebab termasuklah persekitaran dan makanan. Persekitaran termasuklah debu. Bagi makanan pula termasuklah kacang, susu, makanan laut dan macam-macam lagi. Bagi alergi, langkah yang terbaik adalah melakukan sama ada pembersihan usus, hati atau buah pinggang terlebih dahulu. Hal ini kerana alergi adalah salah satu penyakit imun badan. Ini bermakna sistem imun badan sudah terganggu dan menganggap benda asing tertentu termasuklah sesetengah makanan sebagai benda asing sekaligus menyebabkan alergi. Perlu diingatkan penyembuhan alergi mengambil masa begitu lama dan memerlukan disiplin yang tinggi.

2. Nanah pada gusi berlaku disebabkan berlaku keradangan pada gusi. Keradangan berlaku kerana tindak balas normal sistem imun badan menangkis benda asing. Hal ini kerana terdapat terlalu banyak bakteria jahat pada gusi. Bakteria berkembang biak dengan amat cepat selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi gula (asid). Disarankan berkumur dengan pencuci mulut atau minyak kelapa bagi memastikan persekitaran mulut lebih bersifat alkali. Atau jika anak puan tidak mahu, hentikan buat sementara sebarang jenis makanan yang bergula.

Untuk sebarang pertanyaan atau info perubatan alternatif yang murah, mudah dan berkesan boleh lawati:
https://merungkaipenyakitdankesihatan.wordpress.com/
(Sakit Sihat Bersama)

Terima kasih.

vitaminfawanies said...

Assalammualaikum..

Banyak sgt info yg sy dpt.. terima kasih banyak2..
Sila bekunjung ke blog saya ya..

www.vitaminnfawanies.blogspot.com

Unknown said...

Assalamualaikum.
Ibu saya mengalami kurang darah, dan doktor telah tambah darah, and ada bagi ubat tambah darah. tp selepas dia dah tambah darah, badan mak saya mengalami gatal2 dan tumbuh bintik2 satu badan. sudah pergi klinik dan hospital tapi still sama juga. So alergi jenis apa yang dialami mak saya dan pemakanan apa yang sesuai untuk dia makan ?

Unknown said...

anak saya berusia 6tahun mengalami gatal2 dan bengkak di bahagian belakang leher selepas balik dari taska. saya telah membawa berjumpa Dr dan Dr katakan terkena alahan. pada awalnya hanya bhgian leher tapi kini timbul merah2 di seluruh badan dan muka tapi tidak berbiji,adakah itu memang alahan atau ada penyakit lain?tq.

Unknown said...

Saya mengalami kulit gatal gatal merah selepas makan 1 biji tablet antibiotik..saya nak mengirangkan rasa gatal saya sapu krim zarin keluaran xepa seoul..alhamdulillah berkurangan..tetapu masalah nya apabila saya tak sapu ubat atau terkena cahay matahari kulit saya kembali menjadi gatal merah..saya mohon beri penjelasan dan cara untuk pulihkan kulit saya kembali

Unknown said...

Saya kerap berpantang. Pantang adalah amalan masyarakat Melayu. Contohnya: saya pantang "seafoods" iaitu tidak makan makanan laut. Pun begitu, disebabkan "teringin", kadang-kala saya makan juga "seafoods", kemudian, saya ambil ubat alahan. Sehingga sekarang, saya masih mengidapi alahan, dan saya berasa sungguh pelik!