Trauma peti suara boleh berlaku disebabkan kemalangan, kecederaan, di leher dan terhidu asap.
Pernahkah anda tersedak ketika minum atau makan? Biasanya kejadian itu sering dikaitkan dengan ada orang terutama saudara mara dan kenalan menyebut nama anda.
Sebenarnya, tersedak ketika minum atau makan adalah tindak balas spontan tenggorok atau peti suara (larynx) pada bahan asing yang terpercik di atasnya. Ia adalah tindak balas automatik tenggorok kepada benda asing berkenaan.
Tindak balas automatik ini menyebabkan tenggorok jarang mengalami trauma. Apatah lagi secara anatominya, tenggorok dilindungi struktur tubuh yang mantap. Di bahagian belakang, ia dilindungi kolum vertebra (struktur yang menyokong kepala dan tulang belakang), manakala di hadapan pula dilindungi rahang dan tulang dada.
Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak, Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Abdul Razak Rahman Hamzah, berkata trauma pada tenggorok selalunya dikaitkan dengan kecederaan pada muka dan dada. Walaupun jarang berlaku, mangsa kecederaan tenggorok boleh diselamatkan dan kecederaan yang minor mampu dipulihkan.
Umumnya trauma pada tenggorok jarang dilaporkan. Punca trauma paling biasa ialah terhidu asap yang banyak (misalnya terperangkap dalam kebakaran) sehingga berlaku radang. Ia menyebabkan seseorang sesak nafas dan boleh membawa maut.
Dr Abdul Razak berkata, trauma pada tenggorok juga boleb berlaku disebabkan faktor lain seperti kemalangan jalan raya atau industri, kecederaan sukan seperti terkena pukulan bola golf atau bola sepak (blunt trauma), leher tercedera kerana tersangkut pada ampai kain, leher cedera ditikam dengan alat tajam (penetrating trauma), tersedut asap terlalu banyak (inhalation trauma) atau terminum bahan kaustik (ingestion trauma).
"Walaupun kurang kerap dilaporkan, bagi mereka yang terselamat daripada trauma membabitkan kecederaan yang teruk, ia sukar dirawat dan mangsa mungkin akan menderita seumur hidup. Misalnya mereka yang terselamat daripada cubaan membunuh diri dengan meminum racun rumpai," katanya.
Dalam kes kecederaan yang teruk, jelasnya, saluran pernafasan dan pemakanan boleh menjadi sempit dan pembedahan mungkin tidak boleh membaik pulih sepenuhnya fungsi tenggorok dan saluran pemakanan pesakit.
"Umumnya kecederaan pada tenggorok akan menyebabkan masalah laluan pernafasan yang sangat serius. Malah, ia akan menjejaskan suara jika tidak didiagnos sebaiknya. Oleh itu, matlamat utama dalam rawatan awal kes sebegini ialah membantu pesakit bernafas.
Jika laluan pernafasannya terjejas, pesakit akan dibantu bernafas dengan laluan trakea," katanya. Selepas memastikan pesakit boleh bernafas, barulah fungsi vokalnya diperhatikan. Selalunya suara pesakit akan terjejas jika mengalami kecederaan serius.
Dr Abdul Razak berkata, berbanding golongan dewasa, kes kanak-kanak trauma pada peti suara tidak kerap berlaku kerana tenggoroknya berada di bahagian atas dan dilindungi rahang.
"Bagi orang dewasa, tenggorok sudah turun ke bawah. Justeru, orang dewasa lebih mudah mendapat kecederaan tenggorok. Misalnya, terhentak ke stereng kereta ketika memandu," katanya.
Katanya, kecederaan tidak serius mungkin hanya menyebabkan lebam, manakala jika serius menyebabkan tenggorok teralih atau retak.
Dr Abdul Razak berkata, simptom kecederaan peti suara selalunya terlepas pandang. Ia kerana simptomnya kadang kala hampir sama dengan simptom sakit tekak misalnya suara serak, suara hilang, sukar menelan, sesak nafas, terasa sakit pada tenggorok dan batuk berdarah.
"Suara serak dan hilang selalunya berpunca daripada radang pada tengkorok. Ia ditambah pula dengan kurang minum air. Bagi penyanyi, tersalah nada suara atau terlalu banyak menjerit akan menyebabkan tekanan pada tenggorok sehingga jadi serak," katanya.
Kecederaan yang tidak teruk boleh dipulihkan dengan merehatkan suara, kurang bercakap, minum air dan mengambil antibiotik. Rawatan kecederaan pada tenggorok adalah berdasarkan tahap kecederaan yang dialami pesakit. Perkara paling asas adalah memastikan ada laluan pernafasan. Jika salur nafasnya tertutup petugas perubatan menggunakan laluan trakea. Jika memerlukan pembedahan segera, pesakit akan dipantau 24 jam.
Selalunya,jika pesakit terselamat daripada kecederaan tenggorok yang teruk, dia sukar dipulihkan sepenuhnya. Diagnosa kecederaan pada peringkat awal penting untuk memastikan tahap kecederaan dan membaik pulih fungsi tenggorok ke tahap optima.
Untuk kecederaan yang kekal, laporan menunjukkan pemindahan tenggorok boleh dilakukan dengan jayanya melalui kes pertama pada 1998 di Amerika Syarikat. oleh Hafizah Iszahanid, Berita Harian
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
sila layari blog saya
http://azbhomeopati.blogspot.com/
terdapat penawar utk sebarang penyakit. terbaru penawar untuk H1N1. penawar ini bukan sahaja menyembuhkan, ia juga berfungi sebagai pencegahan seisi keluarga. sebarang kes berkaitan virus seperti avian, denggi, cinkuguya dan sebagainya boleh mengunakan penawar ini.
cegah sebelum terlambat.
Blog yang berinformasi. Terima kasih kerana berkongsi bersama. Teruskan Usaha!
Good information. Dapat mana info nie?. detail giler, macam masa medical student dulu he!!!
bagus blog ni, byk info ada..
sape2 yg berminat nak tau pasal kesihatan lelaki boleh layari blog saya http://diemkrim.blogspot.com
thanks for the info..
for more info>>http://www.blackdiamondonthemove.com
Saya ada masalah pd peti suara, semasa koma, saya dimasukkan tiub, bila sudah pulih dari kecederaan, suara saya serak x sembuh melebihi satu bulan, kemudian pergi rujuk kpd klinik ENT di hospital kerajaan, baru tahu ia berpunca dari tiub semasa koma, .....
Jadi apakah rawatan dan ubat untuk pulihkan peti suara saya yg rosak ni,???
Bila saya cubactinggikan suara sekarang, suara jd hilang, jd saya gunakan pd nada biasa, xboleh bercakap ketika situasi bising, kerana suara tenggelam,.....
Mohon bntuan
Saya ada masalah pd peti suara, semasa koma, saya dimasukkan tiub, bila sudah pulih dari kecederaan, suara saya serak x sembuh melebihi satu bulan, kemudian pergi rujuk kpd klinik ENT di hospital kerajaan, baru tahu ia berpunca dari tiub semasa koma, .....
Jadi apakah rawatan dan ubat untuk pulihkan peti suara saya yg rosak ni,???
Bila saya cubactinggikan suara sekarang, suara jd hilang, jd saya gunakan pd nada biasa, xboleh bercakap ketika situasi bising, kerana suara tenggelam,.....
Mohon bntuan
Post a Comment