Diet dan gaya hidup yang sihat adalah senjata terbaik anda untuk melawan penyakit kardiovaskular. Bagaimanapun, terdapat banyak maklumat yang bercampur aduk dengan mitos berkaitan dengan pemakanan yang sihat. Adalah tidak mengejutkan andai banyak di antara kita yang terkeliru tentang jenis-jenis lemak. Kita juga ada banyak persoalan berkaitan dengan garam, daging dan hasil tenusu. Dengan semua perbezaan-perbezaan pendapat, adalah baik untuk mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, agar anda dapat membuat pilihan yang bijak bagi diet anda untuk faedah jangka masa panjang terhadap jantung dan kesihatan anda. Corak pilihan keseluruhan andalah yang paling diambil kira.
Apa yang Paling Penting?
Anda mungkin makan banyak makanan, tetapi tubuh anda mungkin tidak mendapat zat-zat yang diperlukannya untuk menjadi sihat. Makanan kaya zat mengandungi mineral, vitamin, serat dan zat-zat lain, tetapi rendah kalori. Untuk mendapat zat-zat yang anda perlukan, kerapkan memilih makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, produk bijirin dan produk tenusu tanpa lemak atau rendah lemak. Pakar kesihatan mengesyorkan anda makan pelbagai makanan berkhasiat setiap hari dari setiap kumpulan asas makanan.
Garis Panduan Pilihan Makanan Yang Disyorkan
Buah-buahan dan sayuran adalah tinggi vitamin, mineral dan serat – dan ianya rendah kalori. Memakan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu anda mengawal berat dan tekanan darah anda.
Makanan bijirin tidak hancur mengandungi serat yang boleh membantu menurunkan kolesterol darah anda dan membantu anda berasa kenyang, yang akan membantu anda menguruskan berat badan anda.
Makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Kajian yang telah dilakukan menunjukkan ikan berminyak mengandungi asid lemak omega-3 boleh membantu merendahkan risiko kematian kerana penyakit arteri koronari. Pilih daging tanpa kulit dan sediakannya tanpa menambah lemak tepu dan lemak trans. Pilih produk tenusu tanpa lemak, lemak 1 peratus dan rendah lemak.
Kurangkan makanan yang mengandungi minyak sayuran separa dihidrogenasikan untuk mengurangkan lemak trans dalam diet anda. Sasarkan untuk makan kurang dari 300 miligram kolesterol setiap hari. Sediakan dan pilih makanan sedikit atau tanpa garam. Sasarkan untuk makan kurang dari 1500 miligram garam setiap hari.
Makan Dengan Lebih Baik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
saya setuju dengan pandangan anda. terima kasih kerana berkongsi info
sgt berguna.. berat sy pulk sejak akhir2 ni semakin naek.. sbb x jg mkn dan x bersenam lgsung..
'masalah berat badan NAIK walaupun SEDIKIT saja makanan yang kita makan'.Ia bergantung kepada jenis makanan(berkalori tinggi atau rendah) dan keperluannya dalam seharian. Selain itu ia sebagai penanda paras metabolisma dalam badan kita sudah berkurang, melambatkan proses pembakaran makanan ke tenaga, dan akhirnya banyak tersimpan sebagai lemak sahaja.
Saya boleh bantu anda untuk atasi masalah ini, azimah 019-212 2926; are_zie80@yahoo.com
Assalam. Sy juga setuju ttg pn;gaan kesihatan melalui pnjagaan mknn dan juga senaman. Namun jika ada mslh hormon tak stabil @ metabolisma bdn x stabil..pengambilan mknn tambahan jugs blh membantu. :)
Tt mohon izin exchange link ye ;
http://kedaionlineshaklee.blogspot.com/2013_07_01_archive.html
Terima kasih panduan bermakna untuk kita semua.
Good info.tq
ini info paling penting, sangat penting menjaga pemakanan kita. Bagus artikel puan
Terbaek... Alhamdulillah, dapat ilmu lagi hari ni.. Jemputlah ke blog saya jika tn pn
Mencari suppliment atau peluang jana pendapatan secara sambilan atau penuh. Jemputlah kunjungi Blog kami di.. baca lah, jika berminat Boleh hubungi kami di blog
https://aznor770110.blogspot.com/
Apa yang saya faham dari artikel ini adalah KITA PERLU MAKAN IKUT PIRAMID MAKANAN seperti yang disarankan oleh KKM.
Ramai orang makan tak ikut portion dan makan dengan tak seimbang. Menyebabkan penyakit yang pelbagai. Makan mesti dengan ilmu.
https://ahmadghazali.com/
Post a Comment